Nara memandang ke luar klinik yang kosong.
Pergelangan tangannya yang sudah berbalut kain kasa disentuhnya.. dia terkejut. Sangat terkejut hingga tidak dapat menuturkan satu ayatpun sekarang.
Semasa dirawat tadi, Nara sempat berpesan pada doktor Nam agar tidak memberitahu hal itu kepada keluarganya kerana dia tidak ingin memburukkan lagi keadaan. Habislah kalau parents Nara tau lelaki yang buat Nara macam ni adalah anak lelaki dari keluarga Lee yang selama ini mereka benci.
Renjun dan Jeno masuk ke dalam klinik dan terus duduk di katil hadapan Nara yang kosong.
"Macam mana tangan kau?"
Nara mengangkat tangan kirinya untuk ditunjuk pada mereka berdua.
Jeno terus menekup wajahnya tanda frust dengan apa yang Haechan lakukan tadi. Renjun pula hanya menghela nafas panjang.
"Maafkan kami.. kami tak sangka pun yang Haechan akan jadi segila ni."
"Hyunjin kat mana?"tanya Nara.
"Dia ada di hospital. Kitorang berdua dah lawat dia tadi..keadaan dia stabil. kawan kawan dia yang lain pun ada kat sana." jawab Renjun.
"Haechan sekarang ada di pe-"
"Aku tak nak tau.."potong Nara.
Sungguh. Dia terlalu kecewa dengan Haechan hari itu.
"apa sebenarnya masalah dia tu haa..Pagi tadi dia oke je.. mood dia oke.. siap senyum senyum lagi masa buat kerja. Tapi tak taulah kenapa tiba tiba dia menggila kat cafe tadi."jelas Jeno.
Nara diam sahaja..
Dia terfikir.. Dia ke yang salah dalam hal ni?
"Noona.."panggil Haemin yang baru muncul dengan nafas tercungap cungap.
Dia tidak mengendahkan Jeno dan Haechan yang ada di situ..
"Hyung ke yang buat ni?"tanya Haemin sambil menyentuh tangan Nara.
"Noona nak balik."ujar Nara.
"Hyung.. terima kasih jaga noona..saya boleh hantar dia balik."
Jeno dan Renjun agak pelik melihat kedekatan Haemin dan Nara tetapi mereka tidak mengutarakan sebarang soalan.
"Ye lah.. kamu dah jumpa abang kamu ke?"
"Saya jumpa dia kat rumah nanti."
Tanpa disuruh Haemin mengangkat beg galas Nara.
Sepanjang perjalanan Nara diam sahaja. Haemin juga sama tetapi dia sering kali memandang Nara untuk memeriksanya. Haemin tahu.. betapa kecewa dan takutnya Nara saat itu.
Haemin juga marah saat mendengar hal itu dari rakan rakannya. Siapa sangka Nara, gadis yang selama ini abangnya sayang dalam diam pun menjadi mangsa keganasan Haechan sendiri? Kalau tadi tangan Nara ni patah, memang berbunuhanlah dua keluarga itu. untung sahaja tangan dia sekadar terseliuh..
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanfictionHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...