Pintu rumah dibanting dengan kuat oleh tuan Kang hingga mampu meruntuhkan siling rumah mereka. baru sahaja keluarga Lee mengambil anak bujang mereka yang sudah dibelasah oleh tuan Kang tadi. Jantung Nara sudah berdegup tidak tentu arah kerana takut. dia tidak pernah merasakan takut yang sedemikian rupa.
tuan Kang berjalan ke arahnya dan tanpa berkata lagi terus menampar wajah Nara dengan kuat. itulah tamparan kedua yang Nara dapat pagi itu. gadis itu hanya diam sambil menahan sakit di pipinya dan mengalirkan air mata.
"kamu ni dah gila ke?! ayah dah bagi kamu amaran kan?! macam mana kamu boleh buat benda macam tu Nara?! mana maruah kamu sebagai perempuan?!"
Nara tidak menjawab.. puan Kang pula sudah menangis kerana masih trauma dengan pemandangan yang dia lihat di bilik anak gadisnya itu. dia langsung tidak menyangka yang Nara sanggup membawa anak dari keluarga Lee masuk ke dalam biliknya dan tidur berdua di atas katil.
"apa yang kami hukum kamu sebelum ni tak cukup ke Nara?! kamu nak kami hukum macam mana lagi supaya kamu faham ni hah?!"
semakin Nara diam, semakin besar suara tengkingan tuan Kang. di saat ayahnya berteriak memarahinya dan ibunya yang tidak berhenti menangis, saat itu jugalah Nara perasan yang inilah kali pertama dia membuat ibunya menangis sampai macam tu sekali.
"Haechan bukan lelaki macam tu ayah.. dia jaga Nara.. dan kami tak buat apa yang ayah fikirkan.. Nara masih jaga maruah Nara.."
"kamu masih berani nak menangkan lelaki tu?!kami ni memang-"
"cukup sayang!"
puan Kang terus memegang tangan suaminya saat suaminya hendak memukul Nara lagi. air mata masih belum berhenti mengalir di pipinya.. Nara yang tidak sanggup melihat tangisan ibunya hanya tunduk memandang lantai.
"Nara.."suara puan Kang kedengaran bergetar saat memanggil nama anak gadisnya. tangan Nara dicapai dan dipegang erat..
"ibu mohon pada kamu.. putuskan hubungan dengan Haechan.. tolong jangan buat ibu kecewa macam ni lagi.. kamulah satu satunya harapan ibu."
"ibu.."
"kamu tak nak putus dengan dia kan?!"tengking tuan Kang lagi.
wajahnya kelihatan merah kerana amarah yang membuak buak.
"kamu yakin dengan keputusan kamu? kamu ingat hanya sebab kamu meminta dan berkeras macam ni, keluarga kita akan setuju untuk berbesan dengan keluarga tu?"
"ayah.."Nara ingin mencapai kaki ayahnya tetapi tuan Kang terus menepisnya dengan berjalan menjauh. dia memandang anak gadisnya dengan pandangan tajam tanda tidak ingin berkompromi lagi.
"memandangkan kamu pun sudah tamat belajar.. ayah akan teruskan rancangan ayah untuk hantar kamu belajar dengan Hyunjin di Canada."
"ayah!"
"ayah akan bincang dengan encik Hwang untuk cepatkan penerbangan kamu. kamu tak perlu hadiri majlis graduation kamu. kamu tengok sendiri sama ada ayah boleh pisahkan kamu berdua atau tidak."
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanfictionHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...