Secret•09•

112 10 0
                                    

Hyunjin memandang Nara yang sedari tadi berada di dunianya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hyunjin memandang Nara yang sedari tadi berada di dunianya sendiri. Dia perasan sejak kejadian beberapa hari lalu yang membuatkan  Hyunjin ditahan di hospital, Nara menjadi semakin pendiam.. seperti ada beban di hatinya yang sukar untuk dia lepaskan.

Hyunjin juga perasan bahagian bawah bibir Nara seperti bengkak dan merah. Tetapi dia diamkan sahaja kerana mungkin itu hanya masalah kecil.

"Nara.. kau oke tak ni?"

"Oke je.. cuma kurang tidur beberapa hari ni."

"Sebab carnival tu ke? Kalau kau tak sanggup buat, aku boleh tolong.."

"Tak lah.. aku cuma.. entahlah.. energy aku cepat drain beberapa hari ni." gadis itu membetulkan ikatan rambutnya sebelum menyuap makanan ke dalam mulut.

"Kau dah pergi tengok proses hiasan booth kita hari ni?"tanya Nara cuba mengalihkan topik perbualan mereka.

"Dahh.. sikit lagi nak siap. MT dengan exco kita janji nak siapkan petang ni jugak booth tu."

"Baguslah..lagi cepat kerja siap.. lagi bagus."

Hyunjin menghela nafas lega sambil melihat ke sekeliling cafe.

"Amannya kalau dia tak ada. Tak perlu aku nak tahan diri aku tiap hari bila tengok muka dia."gumamnya sambil tersenyum.

selepas kes Haechan, kedua dua fakulti diugut keras untuk tidak mengikuti carnival entrepreneurship yang akan berlangsung tiga hari lagi sekiranya mereka didapati bergaduh. Para pelakunya juga akan terus di blacklist dari menghadiri apa apa jenis peperiksaan akhir tahun itu.

"Lepas ni kau ada nak pergi mana mana ke?"tanya Hyunjin.

"Aku nak balik.. nak tidur."

"Ye lah.."baru sahaja dia ingin mengajak Nara pulang ke rumah keluarganya untuk makan malam bersama, tetapi melihat Nara yang terlebih dahulu membina tembok antara mereka berdua membuatkan Hyunjin menguburkan niatnya.

Sesuai yang Nara katakan, sebaik sahaja mereka berdua habis makan dia terus pulang ke Condominium.

Nara merebahkan badannya di atas katil.

Ingin sahaja dia pulang ke rumah keluarganya cuti hujung minggu nanti. Tapi dia tidak ingin parentsnya melihat kesan di bibir Nara. Bibir yang menjadi mangsa kegilaan Haechan semalam itu disentuh Nara.

Dia masih ingat dengan jelas bagaimana lelaki itu betul betul hilang kewarasan. Bagaimana kasarnya Haechan menekan kepalanya semalam dan bagaimana hebatnya hati Nara digoncang oleh lelaki itu.

"Jangan gunakan alasan Haemin untuk kau berbual dengan aku. Cuba tanya diri kau, kau cemburu kan dengar aku cium perempuan lain?" Nara masih ingat lagi bagaimana Haechan tersenyum sinis setelah mengeluarkan ucapan itu.Senyuman sinis dan penuh merendahkan itu membuatkan Nara hampir kehilangan akal sihatnya sendiri. Lee Haechan benar benar sudah gila.

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now