Secret•16•

77 12 0
                                    

kelas hari rabu itu pun berakhir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

kelas hari rabu itu pun berakhir.. rakan rakan Haechan melihat sahaja lelaki itu dengan laju mengemas barang barangnya seolah olah sedang dikejar sesuatu.

"eh eh.. kau nak pergi mana? kau dah lah dua hari tak datang kelas.. lepak pun tak ikut dah."Jaemin menarik tangan Haechan.

"aku nak jumpa Nara.."

"oh lupa.. sekarang kau dah ada isteri.."tangan Jaemin pun dilepaskan.

"kau nak jumpa dia kat mana?"

"fakulti dialah..kat mana lagi?"

"kau nak masuk sana? kau dah gila ke Haechan?"tanya Jeno.

"kat mana lagi aku boleh cari dia? korang ada ke number dia?"mereka bertiga menggeleng..

"tapi kalau geng si bodoh tu jumpa kau macam mana?"

"lawanlah.. apa lagi?"

Jaemin, Jeno dan Renjun menggeleng sahaja.. mereka bertiga tahu Haechan takkan makan nasihat.akhirnya Haechan pun dibiarkan pergi.

Haechan berjalan masuk ke dalam bangunan fakulti Business Admin untuk mencari Kang Nara. sudah lima hari mereka berdua tidak bersua muka. rasa rindu yang bersarang  dalam diri Haechan membuatkan lelaki itu berani melangkah ke dalam sarang musuh tanpa menghiraukan apa yang akan terjadi padanya setelahnya.

selalunya di hari rabu kelas kuliah Nara akan tamat tepat pukul 1 petang. dan selepas itu dia akan pergi ke cafe fakulti mereka untuk makan tengah hari bersama kawan kawan perempuannya atau dengan 'si bodoh' itu.

sepanjang berjalan ke cafe yang berada di ground floor belakang bangunan, Haechan perasan pandangan yang diberikan oleh orang sekelilingnya sedikit pelik. tiada seorang pun di fakulti itu yang tidak mengenalnya.. tatapan yang dia dapatkan dari orang orang di situ cukup jelas menunjukkan yang hubungan antara si Presiden fakulti AC dan naib presiden fakulti BA sudah tersebar luas sejak beberapa hari lalu.

Haechan berdiri di hadapan cafe sambil melilau mencari keberadaan Nara. lelaki itu tersenyum saat menangkap figura yang sudah lama dia rindukan.. Nara yang melihat Haechan juga terkejut saat melihat lelaki itu di sana. dia terus meninggalkan Hyunjin dan berlari ke arah Haechan.

"apa kau buat kat sini?"tanyanya..

"aku rindu.."Haechan tersenyum sambil cuba memegang tangan Nara tetapi Nara terus menarik tangannya. wajah Haechan terus berubah tidak suka dengan perangai Nara.

"kenapa?"

"kita kat luar ni Haechan.."

"diorang semua dah tau hubungan kita. apa lagi yang kau nak malukan?"

Nara memandang sekeliling.. semua mata memandang mereka dengan bermacam macam riak wajah.dan kebanyakan memandang mereka dengan penuh minat seperti sangat menanti nantikan kedatangan sepasang kekasih yang menggemparkan dua fakulti itu.

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now