Haechan dan familynya berserta family kecil perempuan yang akan dijadikan 'isteri' nya itu duduk di satu meja makan di ruangan VIP restoran lima bintang itu. sepanjang masuk ke ruang makan, Haechan hanya diam dan tersenyum tipis sahaja..
dia melirik gadis berpakaian serba pink yang sedang duduk berhadapan dengannya. gadis itu terlihat cantik dan sopan. kulitnya yang putih mulus menambahkan seri di wajah. rambut hitam yang disanggul kemas itu menampakkan ciri ciri feminine gadis itu. Moon Jieun yang perasan Haechan memandangnya hanya tersenyum tanpa menampakkan giginya. pipinya berubah merah saat ditatap bakal tunangnya.
sambil menatap Jieun, fikiran Haechan melayang memikirkan gadis yang sekarang berada di dalam hatinya. alangkah baiknya kalau gadis yang berada di hadapannya saat itu adalah Kang Nara.
topik perbualan dimulakan dengan ketua keluarga dari kedua pihak yang berbual mengenai pekerjaan mereka. Haemin, Haechan dan Jieun lebih memilih untuk berdiam diri sahaja. topik itu pula bertukar ke arah Haechan dan Jieun..
"Haechan dah habis belajar.. tak lama lagi akan hadiri majlis graduate."puan Lee memegang tangan Haechan di bawah meja sambil tersenyum memandangnya.
"samalah dengan Jieun.. tapi dengar khabar majlis graduasi mereka akan dilaksanakan akhir tahun ni.kan sayang?"puan Moon memandang anak gadisnya.
"ya ibu.."jawab Jieun dengan lembut dan membuatkan puan Lee tersenyum.
"lepas ni kamu nak buat apa?"tanya puan Lee.
"saya rancang nak bantu ayah saya urus syarikat.. tapi memandangkan saya tak berapa pandai, jadi mungkin akan ambik masa sikit untuk betul betul faham hal hal syarikat ni."
"ohh baguslah.. Haechan pun sama jugak.. dia akan ikut ayah dia pergi syarikat dan belajar untuk pimpin syarikat ayah dia."
"baguslah Haechan ada pengetahuan pasal business.. ni Jieun langsung tak ada.. hari tu saya suruh dia sambung dalam bidang business dia tak nak. nak jugak ambik bidang fashion.. tengok sekarang nak ambik alih syarikat keluarga pun susah.. kan bagus kalau ada menantu lelaki yang boleh pimpin dia."
"saya pun fikir macam tu jugak.."
puan Lee dan puan Moon masing masing tersenyum penuh makna.. akhirnya tujuan utama pertemuan itu diadakan pun sudah jelas.. Haechan memandang lagi bakal tunangnya itu. Jieun nampak tidak terkejut dengan perbualan kedua ibu mereka tanda dia sudah tahu tentang itu juga.
"kalau pihak kamu bersetuju untuk mengikat tali pertunangan antara anak kita, saya rasa lebih baik kita percepatkan sahaja.."ujar tuan Lee.
"tidakkah itu terlalu terburu buru?"kedua ibu ayah mereka terkekek kecil.. mereka tidak menolak idea dari ayah Haechan..
"saya tahu..persiapan ini akan memakan masa lama, saya sudah tidak sabar hendak bermenantukan gadis sopan macam anak gadis kamu. apa pendapat kamu Jieun?"tanya tuan Lee.
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanfictionHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...