Secret•31•

78 12 0
                                    

setelah bersua muka dengan pemimpin K Interior Design beberapa hari lalu, akhirnya satu perjanjian jangka masa pendek telah dipersetujui oleh syarikat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

setelah bersua muka dengan pemimpin K Interior Design beberapa hari lalu, akhirnya satu perjanjian jangka masa pendek telah dipersetujui oleh syarikat itu. namun ada satu hal terakhir yang perlu diselesaikan oleh Haechan. meminta tanda tangan persetujuan dari ayahnya sendiri dan hal itu tidak mudah.

tuan Lee pagi pagi itu lagi sudah menjerit marah di ruang kerjanya yang tidak jauh dari ruang tamu rumah itu. Haechan sudah mengagak hal itu akan terjadi.. Dia duduk sahaja di kerusi kulit berwarna coklat tua sambil memandang helaian dokumen yang baru sahaja dilempar ke lantai.

"gurauan kamu ni tak lucu Haechan! mustahil untuk kita jalinkan apa apa kerjasama dengan syarikat tu!"

"saya tak bergurau ayah. hal ni dah pun dipersetujui oleh tuan Kang sendiri. kami berdua sudah berbincang tentang hal ini."

"hah! ayah yakin lelaki itu sedang sibuk mentertawakan kita sekarang kerana berfikir yang ayah tidak dapat mengurus syarikat dengan baik."

"bukan itu faktanya ke? kalau betul ayah urus syarikat dengan baik.. kenapa hal ni boleh jadi?"

"Lee Haechan!"

"ayah.. sampai bila ayah nak macam ni? tengok syarikat lain yang buat kerjasama, semuanya berjaya menaikkan nama syarikat mereka."

"ayah boleh colab dengan syarikat lain.. tapi tidak dengan mereka."

Haechan menarik nafas panjang. dia terus menekup wajahnya tanda frust dengan sikap ayahnya.

"awalnya saya takut untuk berjumpa dengan tuan Kang. tapi sekarang, saya dah tahu siapa sebenarnya yang keras kepala antara kamu berdua."

"Haechan! jangan bertindak seolah olah kamu tahu semuanya!" suara tuan Lee semakin tinggi.

Haechan berdiri.. dia tidak mengendahkan tengkingan sang ayah sebaliknya terus mengutip kertas kertas yang bertaburan di lantai.

"saya memang tak tahu apa apa tentang masa lalu antara ayah dengan tuan Kang. tapi saya tak peduli tentang hal itu. saya hanya peduli tentang masa sekarang dan akan datang. yang saya tahu sekarang sikap keras kepala dan ego ayah langsung tidak menguntungkan syarikat kita."

"jangan nak mengarutlah. kamu masih ada hati dengan anak gadis di rumah sebelah kan?"

"ayah! kita sekarang cakap pasal kerja, boleh tak jangan nak libatkan hal lain?!  ayah perasan tak yang ayah langsung tak masuk akal dalam hal ni? ayah suka sangat salahkan pihak lain. sudahlah.. saya tidak ingin berbincang soal ini lebih jauh lagi. tandatangan dokumen ini dan tinggalkan sahaja di sini. saya akan mengambilnya nanti."

"kita belum selesai Haechan!"

"ayah sendiri yang bagi tanggungjawab pada saya untuk atasi masalah ni. ini adalah keputusan saya yang muktamad. kalau ayah ada cara lain, ayah boleh urus masalah ni sendiri."

Haechan terus berjalan keluar dari ruang kerja ayahnya. sambil cuba menenangkan dirinya, dia berjalan melalui ruang tamu dan bergerak memijak satu persatu anak tangga untuk naik ke biliknya.

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now