dengan perasaan panik, seorang gadis berlari masuk ke dalam bilik rawatan di klinik campus Seoul National University selepas mendapat khabar tentang sahabatnya,Hyunjin yang kononnya baru habis terlibat dalam pergaduhan antara dua fakulti di belakang cafeteria utara petang tadi.
"Nara.."
"Hyunjin.. kau oke tak ni?"
"Kau rasa?"
Nara memandang student lain yang ada di situ.. kebanyakan dari mereka hanya berbalut di bahagian tangan.
"Asal luka kau lagi teruk ni?"
"Dah lawan aku si gila tu.."
"Ishh.."Nara mendengus kasar.
Kesal pula dia saat melihat keadaan Hyunjin. Dagunya sudah dilekat plaster besar beserta kapas.hidung dan kening sebelah kirinya juga berplaster. dan 'si gila' itu pula menjadi puncanya.
"Apa lagi alasan korang gaduh kali ni? Korang tak ingat ke apa ketua fakulty kita pesan?"
"Junior diorang tu pegi buli junior kita dulu. Kau ingat kawan kawan aku nak biar je? Memang tak lah.."
"Tapi kena ke kau ikut sekali hah?"
"si gila tu pun ikut. Takkan aku tak ikut?"
"Suka hati dialah nak buat apa. Kau janganlah nak ikut jejak gila dia tu."
Kang Nara, mahasiswi tahun terakhir di jurusan Business Admin dan merupakan naib presiden bagi fakulti itu hanya mampu menghela nafas panjang setiap kali melihat pelajar fakultinya terlibat dengan pergaduhan antara dua fakulti itu.
Di alam University, memang sering kita dengar persaingan antara fakulti. Tetapi apa yang dialami Fakulti Business Admin dan Fakulty Accountancy adalah persaingan yang lebih serius. Dua fakulti itu sejak azali lagi sudah seringkali terlibat dalam pergaduhan yang melibatkan fizikal seperti itu.
Walaupun kerana alasan yang sekecil kecil zarah.. semuanya akan diselesaikan dengan saling berbalas tumbukan antara mahasiswa dua fakulti ini dan berakhir dengan masing masing mendapat kesan lebam di wajah. Ketua pensyarah bagi kedua dua fakulti juga sudah berbuih mulut menasihati.. tetapi perkara yang sama tetap berulang.hukuman apapun yang diberikan, tetap tidak akan menghentikan dendam antara mereka.
"Haihh kau ni. Aku tak taulah apa nak cakap lagi."
"Ni tanggungjawab aku. Aku tak boleh biar junior kita kena tindas."
"Kepala kau tanggungjawab. Bukan macam ni tau cara kau nak jalankan tanggungjawab kau sebagai presiden pelajar Business Admin. Patutnya ka-"mulut Nara ditekup.
"aku panggil kau datang sini supaya kau boleh turunkan amarah aku.bukannya peningkan kepala aku."
"Aku datang sini.. amarah aku yang naik meledak tengok perangai korang."
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanficHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...