Secret•17•

82 10 0
                                    

Nara yang baru balik dari unit condonya dengan satu beg pakaian terus masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nara yang baru balik dari unit condonya dengan satu beg pakaian terus masuk ke dalam rumah. mulai hari itu dia akan bermalam di rumah selama seminggu memandangkan cuti mid term sudah bermula..kedatangannya ke rumah itu juga sudah diberitahu kepada Haechan, lelaki di rumah sebelah.

"Nara dah balik.."ujarnya saat melihat ayahnya sedang duduk di ruang tamu sambil memegang ipad di tangan..

"duduk sini dulu.."ujar ayahnya.

"ahjumma.."Nara terus memeluk pembantu rumah mereka, ahjumma Kim.

gadis itu duduk di sofa panjang dengan sopan. sejak kejadian hari itu, ayahnya sudah jarang berbual dengannya.. riak wajah yang dipaparkan lelaki tua itu jelas menunjukkan yang dia masih marah dengan Nara.

"apa khabar hubungan kamu dengan Hyunjin?"gadis itu terus mendongak memandang wajah ayahnya.

"maksud ayah?"

"jangan nak buat buat tak tahu lagi. ayah dah bagitau kamu hasrat ayah kn?"

Nara terus membuat wajah tidak sukanya.

"Nara dengan Hyunjin cuma kawan baik. kitorang tak boleh lebih dari tu."

"kamu dengan budak tu pulak dari musuh jadi pasangan.. kenapa kamu dengan Hyunjin tak boleh?lagipun ayah tengok Hyunjin lagi baik dari dia."dahi tuan Kang terus berkerut tanda tidak setuju dengan pernyataan anak gadisnya.

Nara menghela nafas panjang.

Ingin sahaja dia memberitahu perangai sebenar Hyunjin yang tidak kalah buruk dengan Haechan. Ya, memang Hyunjin tidak senakal Haechan tetapi lelaki itu juga sering terlibat dalam pergaduhan yang melibatkan fakulti mereka dan hal hal ini langsung tidak diketahui oleh keluarganya.

"malam ini keluarga Hwang akan dinner di sini.ayah nak kamu pakai baju elok elok. jangan pakai baju yang serupa macam lelaki."

"ayah.. baju yang Nara guna ni bukan untuk lelaki je. lagi elok rasanya kalau anak gadis ayah ni pakai t-shirt atau hoodie."

"melawan lagi?"Nara diam.

salah ke dia suka pakai baju tshirt biasa atau hoodie? salah ke kalau dia tak suka pakai baju yang macam tak cukup kain?

"ayah ada belikan kamu baju baru.. pilih dan guna untuk malam ni."

gadis itu berjalan dengan langkah malas. dia terus mengangkat beg bagasinya masuk ke bilik dengan dibantu oleh ahjumma Kim.

"terima kasih ahjumma."Nara tersenyum paksa.

Ahjumma Kim hanya membalas senyumannya sambil mengangguk..

"sabar ya.. ayah kamu cuma nak yang terbaik buat kaamu." Nara hanya mengangguk dan menutup pintunya.

dia terus membuka almari bajunya dan melihat banyak baju baharu yang sudah digantung di sana.. cantik dan masih nampak sopan macam wanita korea terakhir.. tapi Nara tidak ada niatpun untuk menggunakan salah satu baju itu malam ini.

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now