Secret•25•

71 9 0
                                    

Haechan baring di lantai hadapan katilnya dengan berbotol botol arak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haechan baring di lantai hadapan katilnya dengan berbotol botol arak. saat itu matahari pagi sudah kelihatan dan berjaya menerobos langsir bilik tetamu yang kini menjadi biliknya. lelaki itu tidak pernah terlelap sejak semalam.

dia baring dengan pipinya yang merah dan matanya yang bengkak kerana menangis. keadaan bilik yang asalnya kemas itu betul betul seperti bilik seorang penagih dadah yang tidak terkawal lagi.

harapannya untuk terus berada di sisi Nara dan menghadapi semua rintangan bersama sama sudah hancur. hal yang paling menyakitkan baginya adalah hubungan itu bukan diputuskan oleh orang lain melainkan Naralah yang memutuskan untuk menyerah dari berjuang.Haechan merenung botol kosong yang ada di tepinya..

pintu biliknya diketuk seseorang.. disebabkan Haechan tidak menyahut panggilan Haemin atau membuka pintu untuknya, Haemin mengambil keputusan untuk membuka pintu bilik itu sendiri.

saat pintu dibuka, Haemin terus menutup hidungnya kerana bau arak yang kuat di bilik itu. dia terus mengunci pintu bilik itu semula.

"hyung.. hyung kenapa ni?"

Haechan tidak menjawab..dia masih baring sambil berpeluk lutut di lantai.

Haemin terkejut saat melihat sebuah beg yang ada tidak jauh dari tempat Haechan baring. saat beg itu dibuka, dia melihat beberapa helai pakaian yang tidak terkemas ada di dalamnya.

"hyung nak lari rumah ke semalam?"

"hyung.. hyung dah gila ke?"

Haemin terus memasukkan beg itu ke dalam almari baju agar tidak dilihat oleh ibu atau ayah mereka. dia tahu, kalau sahaja parents mereka tahu yang Haechan cuba untuk lari rumah semalam.. rumah mereka mungkin akan hangus dengan api kemarahan ayahnya.

"hyung.. tolonglah jangan macam ni.."

Haemin mengemas botol botol yang berselerakan di lantai dan terus menyembur pewangi bilik dan membuka langsir serta tingkap untuk menghilangkan bau arak di bilik itu. dibiarkannya sahaja Haechan yang masih kaku di lantai dan mengemas katil serta barang lain yang berselerak di sana.

usai mengemas bilik Haechan, Haemin duduk di hadapan Haechan.dia terlebih dahulu memeriksa suhu badan Haechan.. suhunya mencatatkan 45 darjah celcius... ya, Haechan demam.

"hyung demam ni.."

Haemin berdiri lagi dan mematikan aircond serta keluar sekejap untuk mengambil tuala kecil dan besen berisi air.

Haemin mengeluh melihat Haechan yang masih tidak bergerak. tanpa berkata apa apa dia terus membantu Haechan bangun dan membawanya baring di katil lalu mengesat badannya dengan tuala basah.

"hyung.. apa sebenarnya yang jadi semalam?"

"aku lari.."

"habis tu kenapa hyung ada kat sini pagi ni?"

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now