Haechan terbangun saat mendengar bunyi shower di bilik mandi Nara. dia terus duduk dan menggosok gosok matanya. saat syok menggosok mata, Haechan tidak sengaja menekan lebam di tulang pipinya hingga dia mengerang kesakitan.
Haechan berkaca di meja make up tepi katil Nara untuk melihat keadaan wajahnya pagi itu.
"haihh..baru bangun je pun dah handsome macam ni. apalagi kalau dah mandi nanti."pujinya sambil memandang wajahnya.
Lee Haechan, lelaki paling confident di dunia..
Dia membuka langsir bilik Nara yang masih ditutup walaupun pemiliknya sudah terbangun. mungkin Nara tidak membuka langsir itu kerana tidak ingin mengejutkan Haechan yang tertidur pulas di sofa.
Sinar matahari pagi memasuki ruangan itu. Haechan memandang katil Nara yang sudah rapi dikemas. ikutkan hati,ingin sahaja dia berguling guling di sana. tetapi dia tahu akan nasibnya jika berani berani membongkar katil Nara yang sudah rapi.
Haechan memandang pintu bilik mandi dan katil berkali kali. dia terus memasang senyuman nakalnya dan terus merebahkan badan tepat di atas katil tanpa mengendahkan akibatnya nanti.
Bantal Nara terasa dingin tanda tuannya sudah meninggalkan bantal itu lama. Haechan tersenyum saat hidungnya menangkap bau khas dari bantal itu, bau dari Nara yang menjadi kegemaran Haechan. Haechan menekup wajahnya dengan selimut Nara dan mengendus selimut itu berkali kali seolah olah seorang penagih dadah yang ketagihan. Bau khas yang manis dan wangi itu sudah lama tidak dia hidu sejak kali terakhir bermalam di rumah gadis itu.
Haechan memeluk bantal peluk milik Nara yang berwarna coklat beige. dia memerhatikan segenap ruangan condo yang tidak berpintu itu.
sesiapa yang masuk ke dalam rumah Nara mesti dapat meneka warna kegemaran gadis itu. coklat. hampir semua benda di rumah itu berwarna coklat dan putih. kombinasi warna yang menyedapkan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Nara bukanlah seorang yang clean freak, tetapi dia tidak menyukai ruangan yang penuh dengan barang dan berhamburan. gadis itu adalah seorang yang minimalis.
Dan dia mengakui satu hal ini. selain gabungan warna dan susun atur barang di rumah ini yang menyedapkan mata, pemilik condo kecil ini juga adalah faktor terbesar kenapa Haechan merasa nyaman di sini.
Haechan yang syok baring di atas katil itu tidak perasan yang Nara sudah siap berpakaian di bilik mandi.saat melangkah keluar, kening gadis itu terangkat saat melihat sosok lelaki yang tadinya tertidur pulas sudah tidak ada di atas sofa lagi.hanya selimut, patung dan bantal yang tertinggal di sana.
"Hae- Lee Haechan!"tengking Nara.
"ape?"tanya Haechan selamba.
"kau bangun sekarang"tegasnya sambil bercekak pinggang di hadapan katil.
"tak nak..aku suka cium bau selimut kau.kau guna sabun apa ni?kongsilah.."tanya Haechan walaupun dia sudah tau yang itu adalah aroma dari tubuh Nara.
"yahh!"Nara yang geram melihat lelaki itu menghidu hidu selimutnya terus menendang peha Haechan hingga dia terduduk kesakitan.
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanfictionHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...