walaupun sudah setahun Nara tinggal di negara daun maple itu, dia masih merasa asing dengan tempat itu. dia tidak akan pernah terbiasa dengan keadaan di sana walaupun suhunya tidak jauh berbeza dengan di Korea Selatan.namun untung sahaja ada seseorang yang menemaninya di sana. tanpa Hyunjin, Nara mungkin sudah mengambil keputusan untuk pulang ke negara asalnya.
kehidupan sehari harinya sama seperti mahasiswa lain. dia menjalani hari harinya dengan senyuman. walaupun kenyataannya hatinya masih terluka. luka yang tidak pernah dan tidak akan sembuh.
sejak kedatangannya di sini, Nara memiliki dua tabiat aneh. pertama, dia sering termenung sambil memandang gelang yang pasangannya mungkin sudah dibuang ke dalam tong sampah oleh si pemakai yang sedang berada di Korea Selatan. kedua, Nara selalu memakai jam tangan yang waktunya mengikut zon waktu di Korea Selatan.
"Nara?"
"hmm?"
"makanan dah siap..jomlah makan." ujar Hyunjin sambil membuka apron hitam yang dia pakai.
"thanks masakkan.."
mereka berdua pun duduk di meja makan condominium Nara.
oh ya. dalam banyak banyak hal yang berubah tentang Nara.. hanya satu perubahan besar yang boleh dilihat. Nara yang dulunya gemar memakai hoodie dan tshirt kini sudah terbiasa memakai dress layaknya seorang perempuan. dia sudah jarang lagi memakai hoodie dan lebih gemar memakai baju casual seperti-
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanfictionHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...