Secret•26•

77 11 1
                                    

Suara pisau dan pinggan berlaga di ruangan vip restoran lima bintang itu memecahkan kesunyian yang wujud antara dua orang di ruang makan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suara pisau dan pinggan berlaga di ruangan vip restoran lima bintang itu memecahkan kesunyian yang wujud antara dua orang di ruang makan itu. ini adalah untuk kesekian kalinya Haechan dan Jieun makan berdua bersama sebelum kedua duanya sah menjadi pasangan bertunang seminggu akan datang.

"Haechan, awak jangan lupa ambil kot awak esok tau.. designer dah siap ubah ikut saiz awak hari tu."ujar gadis di hadapan Haechan dengan lembut.

Haechan hanya mengangguk kecil sambil menyuap potongan kecil daging yang sudah dicecah dengan sos.

dia memandang gadis di hadapannya itu dengan senyuman kecil. senyuman itu nampak lebih ikhlas dari kenyataannya.

"saya ada nampak gaya rambut untuk hari pertunangan kita nanti.. awak rasa saya cantik kalau sanggul atau macam mana?"

"ikut keselesaan awak je.. rasanya kalau sanggul pun dah oke."

"memanglah oke.. tapi saya dah terlalu muak dengan style rambut tu."

"apa kata bincang dengan ibu? saya tak tahu apa apa tentang hal ni."

Jieun mengeluh kecil. dia perasan hari ini Haechan nampak seperti sedang mempunyai banyak fikiran selama bersama dengannya. dia selalu mengelamun dan tidak fokus..

gadis itu perlahan lahan mencapat tangan kiri Haechan dan mengelusnya dengan lembut.. Haechan hanya tersenyum sambil menarik tangannya yang dipegang Jieun.

"awak oke tak ni?"

"saya oke.. cuma penat sikit."

pandangan Jieun tertuju pada gelang tangan Haechan.. sudah lama dia melihat gelang yang bakal tunangnya itu pakai. dia ingin bertanya tetapi tidak ingin membuatkan Haechan berfikir yang Jieun terlalu masuk campur. tapi dia tahu yang dia ada hak untuk bertanya tentang hal itu memandangkan dia juga tidak lama lagi akan menjadi sebahagian dari hidup Haechan.

"gelang yang awak pakai tu.. gelang couple kan?"

Haechan memandang gelang di tangan kirinya. dia tidak menjawab..hanya mengelus sahaja gelang itu..

"awak... saya perasan awak macam tak tertarik dengan saya."

"Jieun.. kita depan makanan sekarang. tak baik kalau nak bertengkar depan makanan."

"maafkan saya.. tapi saya rasa yang awak nak nikah dengan saya bukan sebab sukakan saya.. tapi sebab perintah parents awak.. kan?"

Haechan tetap diam.. ya.. dia ingin sekali mengaku yang cinta langsung tidak terkait dalam hubungan mereka berdua. tetapi dia tidak ingin menyakitkan hati Jieun. sejak malam di mana Nara memutuskan hubungan dengan Haechan, sudah tiada lagi rasa cinta dalam hati Haechan.. semuanya sudah hilang bersama dengan kenangan. Haechan betul betul sudah mati rasa.

bagaimana dia boleh mencintai Jieun lagi kalau cintanya sudah dihabiskan dengan Nara?

"jawab saya Haechan.."

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now