Secret•27•

72 9 2
                                    

Beberapa jam sebelum berangkat ke airport, Nara disibukkan dengan memeriksa barang barang keperluannya untuk kali terakhir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa jam sebelum berangkat ke airport, Nara disibukkan dengan memeriksa barang barang keperluannya untuk kali terakhir. sedangkan rumah sebelah pula sibuk dengan persiapan majlis pertunangan anak sulung mereka yang akan diadakan esok hari. taman di hadapan dan belakang rumah itu mula dirawat dengan baik dan dihias untuk kegunaan majlis pertunangan nanti. Nara yakin yang majlis itu adalah private dan hanya teman terdekat yang akan dijemput.

semua barang barang Nara sudah dimasukkan ke dalam kereta.. hanya tuan punya badan sahaja lagi yang belum masuk.

Nara berdiri di hadapan pintu biliknya.. dia memandang seluruh pelosok bilik itu untuk kali terakhir kerana entah bila lagi dia akan menjejakkan kaki ke rumah itu setelah ini.

"Nara? dah?"tegur ibunya yang baru keluar dari bilik.

"ibu.. boleh Nara stay sini dalam 10 minit lagi?"tanya Nara lembut..

puan Kang tersenyum..dia memegang bahu anak gadisnya dan mengangguk.

"terima kasih ibu.."Nara pun ditinggalkan di dalam biliknya.

Nara berjalan ke arah tingkap biliknya yang menghadap ke bilik bekas kekasihnya di rumah sebelah.. dia membuka separuh langsir bilik itu dan melihat ke arah tingkap bilik Haechan yang terbuka namun tiada sesiapa kelihatan di dalam bilik itu.

dia rindu.. dia rindu saat saat di mana Haechan dengan beraninya memanjat pagar yang memisahkan kawasan rumah mereka hanya untuk menemuinya. dia rindu saat saat Haechan mengetuk tingkap biliknya dan meminta dibukakan tingkap agar lelaki itu boleh masuk dengan segera. dia rindu mereka berdua saling berpandangan sambil berdiri di tingkap bilik masing masing dengan senyuman.

baru sahaja dia ingin menutup langsir biliknya, tangan Nara terhenti saat melihat sosok yang selama ini dia rindukan tiba tiba masuk ke dalam bilik itu. dia terus kaku di tempat saat melihat Haechan dengan baju kemeja serba putihnya. dia yakin baju yang sedang lelaki itu pakai adalah baju untuk pernikahannya esok.

Haechan yang melihat Nara berdiri di tingkap juga ikut diam. dia berjalan ke arah tingkap dan memandang Nara dengan pandangan penuh makna.. masing masing cuba menghilangkan rasa rindu yang selama ini bersarang di hati. tiada kata yang diucapkan dari kedua dua pihak..hanya pandangan mata yang mampu sampaikan semuanya. jarak mereka begitu dekat, namun jarak itu terasa begitu jauh dan sulit untuk terhubung.

lama juga mereka berdua saling berpandangan sebelum Nara disedarkan dengan panggilan telefonnya.. dia memandang skrin telefonnya yang menunjukkan nama ayahnya. mungkin dia terlalu lama di sini hingga ayahnya menelefonnya untuk memanggilnya turun.

untuk kali terakhir, Nara memandang Haechan sambil tersenyum pahit sebelum menutup tingkap biliknya dan segera turun ke bawah. tiada kata selamat tinggal atau tahniah yang mereka ucapkan. hanya pandangan yang menyimpan seribu kata cinta dan rindu yang tidak tersampaikan.

di airport, Nara hanya mengikuti kedua orang tuanya.. semuanya diurus oleh ayah Nara sedangkan Nara hanya diam seribu bahasa. keluarga Kang dan keluarga Hwang berjumpa di hadapan pintu masuk check-in.. sebelum berjalan masuk dengan Hyunjin, Nara sempat mengucapkan selamat tinggal tanpa memeluk ibu dan ayahnya..ibunya ingin menariknya masuk ke dalam pelukan tetapi Nara cepat cepat menjauh.

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now