Haechan dan rakan rakannya lepak di restoran berdekatan campus yang selalu mereka pergi. masing masing merasa lelah setelah mengharungi minggu ke 8 perkuliahan memandangkan minggu itu adalah minggu ujian untuk pertengahan semester. usai sahaja mereka menjawab paper terakhir iaitu Insurans II, mereka terus bergerak ke sana untuk melepaskan penat lelah.
"ughh.. akhirnya aku boleh tidur dengan tenang."
"betul.."
"untunglah korang dah boleh rehat..aku dengan Jisung ada satu paper lagi hujung minggu ni."rungut Chenle.
"sila bersabar ye.."Renjun mengusap belakang Chenle.
"oh ya Haechan.. aku perasan kau sejak hari tu lagi macam peliklah.."
"hmm?pelik?"Haechan yang baru sahaja meneguk gelas beernya terus memandang Jaemin.
"haah kan. aku pun perasan jugak. kau dah jarang nak lepak macam ni dengan kitorang. padahal dulu kaulah orang yang paling laju on kalau nak ajak minum."
"ye ke? aku rasa macam biasa je.."Haechan cuba untuk tidak terlalu ketara.
"ke kau sembunyikan sesuatu dari kitorang ni?"
"aku rasa dia sembunyikan perempuan kat rumah dialah.. eh tapi rumah ada ada Haemin,takkanlah Haemin nak tengok abang dia buat benda tak senonoh kat rumah tu."ujar Jeno.
"ish perempuan apa kau cakap ni? tak de lah.."
"habis tu?"
"tak..aku cuma.. nak kurangkan kebiasaaan mabuk aku. family aku dah berkali kali cuci otak aku supaya tak selalu minum benda ni."
mereka diam sahaja sambil memandang Haechan dengan tatapan suspicious.
"ya.. kalau tak percaya pegi tanya Haemin.. dia jadi cctv aku tau sekarang."
"ye ye.. janganlah panik."sindir Jisung.
Haechan terus menumbuk perut Jisung yang kebetulan duduk di sebelahnya tanpa meletakkan sedikit pun kekuatan. Jisung pula sudah berkali kali meminta ampun..
"oh ya..korang ada dengar tak beef pasal fakulti BA dengan kita?"
"apa lagi hal diorang buat?"
"ada junior mengadu dekat aku. katanya ada senior BA buat junior kita jadi kuli kuli dan guna semua duit budak tu untuk beli barang diorang."
"junior mana satu?"
"Eric, kawan sekelas aku."jawab Jisung.
Haechan menghela nafas geram. "tak habis habis lagi diorang tu. aku dah lama tak bagi penumbuk dekat diorang."
"tu lah..jangan ingat kita ni diam diam tanda mengalah. sir hari tu bagi amaran untuk sepanjang carnival. sekarang dah lepas.."
mereka berenam tidak termasuk Mark yang tidak dapat menyertai aktiviti malam itu saling berbalas berpandangan. walaupun mereka hanya berpandangan tetapi masing masing sudah dapat meneka apa yang bermain di kepala mereka.
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanfictionHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...