"Hello?"
"Nara.."
dengan satu perkataan itu sahaja Nara sudah dapat mengenali pemilik suara itu.
"Haechan? kau call aku guna phone siapa ni?"
"aku ada kat pondok telefon depan rumah .."
Nara terus bangun dan membuka langsir biliknya yang menghadap ke jalan hadapan rumah mereka.. dia terus melihat Lee Haechan sedang berdiri di dalam pondok telefon yang berwarna kuning dengan beg belakangnya.
"dah nak pukul 4 ni.. kau buat apa kat situ? kau nak ayah kau hukum kau lagi ke?"
"aku dah tak tahan Nara.."
Nara diam sahaja.. Haechan yang masih memegang gagang telefon di telinganya terus berputar memandang ke arah tingkap tempat Nara berdiri.
"pernikahan itu. parents aku takkan batalkan. aku tetap dipaksa kahwin dengan gadis tu walaupun aku tak setuju. aku dah tak boleh tahan lagi.."
"Haechan.."
"kemas pakaian kau..ikut aku sekarang."arahnya..
"sekejap..Haechan.."
"lari dengan aku.. itu je cara yang kita ada sekarang.kita boleh mula semuanya dari awal."
"Haechan..dengar dulu."
"kita sewa sebuah rumah.aku akan kerja untuk cari nafkah."
"dengar aku dulu!"tengking Nara.
dadanya terasa panas dan sakit. semua yang Haechan katakan membuatkan Nara panik. dia merasa takut dan senang dalam satu masa. tapi tidak dinafikan yang Nara tergoda dengan ajakan Haechan saat itu. namun bukan cara ini yang Nara inginkan untuk menyelesaikan masalah mereka.
Nara sedikit kecewa dengan Haechan dan dirinya sendiri. Haechan masih lagi menjadi seorang yang selalu melakukan hal bodoh tanpa memikirkan kesannya. sedangkan dia juga masih menjadi gadis penakut dan disiplin seperti dulu.
"Haechan.."suara Nara melembut.
"Nara.."cara Haechan memanggilnya menandakan yang Haechan sudah tahu apa yang bermain di fikiran Nara. mereka berdua terlalu kenal akan satu sama lain hingga mendengar suara hembusan nafas sahaja sudah tahu akan maksud yang ingin disampaikan..
"apa yang kau katakan tadi.. aku nak setuju tanpa berfikir panjang.."
"kalau macam tu jangan fikir panjang. ikut dengan aku."
"tapi kenyataannya tak sesederhana tu Haechan. kau sendiri pun tahu.."
"kenyataan apa yang kau maksudkan ni? aku hanya nakkan kenyataan yang aku cintakan kau..dan kau pun cintakan aku.tu pun sudah cukup untuk kita berdua hidup sama sama."
"cinta sahaja tidak cukup. kau tak faham ke? kau fikir mudah ke nak tinggalkan semuanya dan larikan diri macam ni? kau fikir cukup ke untuk kita cari rumah sewa, cari kerja dan hidup tanpa hala tuju?"
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanficHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...