Secret•10•

111 12 2
                                    

Nara memandang ke arah Haechan yang duduk tidak jauh darinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nara memandang ke arah Haechan yang duduk tidak jauh darinya.. dia sendiri merasa stres kerana walau dimanapun dia berada, entah bagaimana Haechan pun ada di ruangan yang sama dengannya. baru saat itu jugalah Haechan menyadari kehadiran Nara. mereka saling berbalas pandangan beberapa detik sebelum Haechan memalingkan wajah ke hadapan semula.

Jelas Nara lihat Haechan melingkarkan tangannya di pinggang gadis yang berpakaian seolah olah tidak cukup kain itu. entah apa yang dibisikkannya pada telinga gadis yang tidak ada harga diri itu hingga membuatkan gadis itu terkekek kekek.

"Nara kau oke tak ni?"tanya Hyunjin yang kebetulan membelakangi Haechan.

"hmm.."Nara meneguk minuman di gelasnya yang hampir habis.

entah bagaimana pula prosesnya, gadis itu tiba tiba sahaja sudah duduk di atas pangkuan Haechan sambil melingkari tangannya di leher lelaki itu. saat itu juga Nara menggenggam kuat gelas kaca di tangannya.

"kau oke tak ni?"

"aku oke.."

"jomlah balik.. risau pulak aku tengok kau macam ni.."

"hmm."

Nara dibantu untuk berdiri. mereka berdua pulang ke condominium Nara dengan menaiki motor Hyunjin seperti biasanya.

"nasib baiklah esok cuti tau.."ujar Hyunjin sambil menunggu lift yang mereka naiki sampai di tingkat tiga condo itu.

"aku boleh jalan sendiri dari sini.. kau baliklah.. terima kasih teman aku."

"tak nak.. aku nak nampak kau masuk rumah kau dulu."

"Hyunjin.."

"jom.. tengoklah wajah merah kau tu.."

baru sahaja Nara ingin memutar tombol pintunya, pandangan mereka berdua teralihkan pada suara jeritan seorang lelaki yang sangat sangat dia kenal.

"Woi!"Haechan berlari ke arah mereka dan terus menumbuk Hyunjin hingga lelaki itu jatuh terduduk ke lantai.

"ape kau ni?!"

"korang.. dah lah. boleh tak korang jangan bergaduh setiap kali jumpa?"

"kau tak puas lagi ke belasah aku hari tu hah?!"tengking Hyunjin.

"hyunjin.."

"apa kau buat kat sini?!"tanya Haechan berang.

"patutnya aku yang tanya kau..kau buat apa kat sini?!"

"Hyunjin.. kau baliklah dulu. Haechan nak jumpa aku kejap."

"jumpa kau?apa urusan korang berdua?"

"Hyunjin.. kitorang takkan lama.kau baliklah dulu.jangan hiraukan aku.."

"aku takkan pergi selagi dia tak pergi jugak."

Nara diam sahaja.. sekarang dia sudah harus menghadapi dua lelaki yang keras kepala.

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now