01 : Gibran? Gibran!

2.1K 97 40
                                    

"ALANA MAYLEA!" Alana mendengus kasar saat lantang namanya dipanggil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ALANA MAYLEA!" Alana mendengus kasar saat lantang namanya dipanggil. Huh, bosan sudah! Hampir setiap hari suara nyaring itu akan menampar kuat gegendang telinganya. Silap hari bulan, boleh runtuh rumah ini jika tiap hari ibunya itu memekik sebegini rupa!

"Lepaslah!" Alana tersenyum sinis. Semakin lelaki itu merayu, semakin kuat cengkaman tangan Alana pada rambut pendek itu. Digoyangkan kepala remaja lelaki itu lalu dipukul kuat belakang badan kurus remaja tersebut sehingga remaja tadi merintih kuat sambil meminta tolong agar hukaman itu berakhir sekarang.

"Jantan tak guna!" kini ditarik pula kedua-dua belah telinga capang milik remaja lelaki tersebut sehingga naik merah keseluruhan wajah maskulin itu.

"Ya Allah! Lepaskan adik kau sekarang, May! Apa masalah kau ini?" tubuh Alana mengambil beberapa langkah kebelakang untuk kembali mengimbangi diri setelah ditolak kuat oleh ibunya. Alana hanya melihat gelagat dua baranak itu dengan pandangan yang penuh amarah. Kalau ikutkan barannya, mahu sahaja dia jerit kepada ibu untuk tidak masuk campur urusan mereka.

Tapi seperti biasalah, anak perempuan tetap akan kalah dengan anak lelaki kesayangan.

"Apa yang kau dah buat? Sampai naik merah tangan Asfa!" soal ibu sambil mengusap tangan anak lelaki kesayangannya itu.

"Sakit ibu!" Alana tercekik liur melihat telatah mengada Asfa. Kenapa dia tidak bunuh sahaja ya jantan tak guna ini tadi? Sudahlah menyusahkan! Mencuri pula itu!

"Kenapa sampai kau naik tangan dekat adik kau! Cakap elok-elok dengan dia tak boleh ke, May?" Alana mengetap gigi sambil tangannya dikepalkan.

"Ibu tanyalah apa yang dia dah buat! Cuba tanya dia! Nak dengar juga berani atau tidak mengaku depan ibu," balas Alana sambil menunjal dahi Asfa. Belum sempat dia mahu menunjal buat kali ketiga, jarinya sudah ditampar kasar oleh ibunya. Alana terkilan namun dia hanya beriak biasa. Tidak mahu memperlihatkan bahawa dia sudah goyah dengan kelakuan mereka berdua sejak dulu lagi.

"Apa kamu dah buat, Asfa? Beritahu ibu, nak. Kenapa kakak kamu marah sampai macam ini sekali?" soal Puan Maryam sambil mengusap-usap rambut anak kesayangannya.

Oleh kerana terlalu lama Asfa mendiamkan diri, Alana menempik kasar sehingga membuatkan kedua-dua beranak itu terperanjat akan suara yang semakin meninggi itu. "Cakaplah cepat!" Asfa tergagap-gagap. Takut apabila disergah sebegitu rupa oleh kakak sendiri.

"As cuma pinjam duit kakak aje," kata Asfa terketar-ketar dengan suara yang perlahan. Alana tersenyum seperti orang yang mula hilang akal.

"Kepala otak kau." tenang namun sangat pedih intonasi yang dilontarkan.

"Dia bukan pinjam, dia curi duit May! Duit yang May menabung dari tahun lepas lagi tahu tak? Memang jantan tak guna, baik kau mati!" Alana memukul bahagian kepala Asfa sehingga Asfa mula menangis kesakitan. Puan Maryam pula masih tidak mahu menyebelahi Alana.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now