10 : nostalgia

919 69 13
                                    

TANGISAN diseka sebaik sahaja pintu bilik dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGISAN diseka sebaik sahaja pintu bilik dibuka. Wajah kemerah-merahan Alana dipandang lama oleh Gibran.

Kata mummy, Alana sedang bersedih. Sejak pulang dari rumah Puan Maryam lagi, Alana menguncikan diri di dalam bilik. Jadi, di sebabkan terlalu lama menunggu Alana menenangkan diri, Gibran terus merempuh masuk.

"Kenapa?" Lembut sahaja suara Alana kali ini. Tidak garang seperti selalu. Gibran melangkah mendekati Alana lalu berdiri di tepi katil.

"Lana suka warna apa?" Dahi Alana berkerut. Dah kenapa pula budak ni? Kalau di ikutkan hati mahu sahaja Alana marah namun cepat-cepat dia bawa istighfar. Nasihat Maiya bermain di fikiran.

"Lana suka warna purple kan?" Alana terkejut. "Macam mana tahu?" Gibran tersengih hingga menampakkan gigi lalu tertawa kecil.

"Tunggu tau," arah Gibran lalu keluar dari bilik.

Sebaik sahaja pintu ditutup rapat, Alana kembali merenung cadar katil. Kata-kata kesat Puan Maryam kembali menghiris hati.

"Buat apa balik sini lagi? Sengaja nak tunjuk kebahagiaan kau jadi menantu orang kaya ke macam mana?"

"Kalau kau tak balik sini sampai kiamat pun tak apalah, May. Aku tak kisah!"

"Pergi balik rumah laki kau sana, menyampah aku tengok kau."

peha dirapatkan ke dada lalu kepala dilabuhkan ke lutut. Tangisan yang ditahan dihambur jua. Pagi tadi, Alana singgah ke rumah ibunya kerana terlalu rindu kepada keluarganya yang di sana. Tetapi lain pula jadi apabila pihak di sana langsung tidak mahu berjumpa dengannya. Kehadiran Alana langsung tidak dihiraukan, malah dihalaunya lagi wanita itu adalah.

Sedang mengenangkan nasib diri, pintu bila dibuka semula. Alana angkat kepala lalu terkejut melihat Gibran sedang bawa banyak barang berwarna ungu di gendongan. Gibran juga sudah tukar baju kepada warna ungu kerana tadi lelaki itu memakai baju berwarna biru tua.

Ada barang yang terjatuh, Gibran pusing ke belakang, mahu mengutip semula tetapi apabila tangannya terlalu penuh dengan barang lain, Gibran memutuskan untuk hantar yang di tangan dahulu dan baru kutip yang jatuh tadi.

"Nah!" Gibran jatuhkan semua barang tadi ke atas katil dan di hujung kaki Alana lalu kembali ke tempat yang ada beberapa barang jatuh sebentar tadi.

Dikutip lalu diberi kepada Alana. Alana pula sambut dengan terpaksa. Alana pandang satu per satu barang yang ada. Kebanyakkannya barang mainan Gibran, ada barang dapur Puan Qismah dan ada juga barangan seperti getah rambut, penyangkut baju dan juga botol minyak wangi.

"Semua ni awak punya," kata Gibran lalu ketawa malu. Tersengih bangga dengan kelakuan sendiri kerana Alana sudah tidak menangis dan sedang menahan ketawa pula.

"Kau... Kau bawa semua barang warna purple ni sebab aku suka warna purple?" Gibran angguk laju. "Kau tukar baju pun sebab yang sama ke?" Gibran angguk lagi.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now