19 : tidur lokap

1K 75 20
                                    

DIPENDEKKAN cerita, kelima-lima mereka sudah selamat tiba di balai polis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIPENDEKKAN cerita, kelima-lima mereka sudah selamat tiba di balai polis.

Pegawai polis yang bertugas memandang seorang demi seorang pesalah yang sedang duduk di hadapannya. Masing-masing sedang menekur ke lantai balai polis ini. Semua hanya diam menyepi melayan luka dan lebam masing-masing. Tiga lelaki cedera teruk namun tidaklah parah mana sehingga harus dihantar ke hospital. Manakala yang lagi dua hanya cedera ringan. Cuma ada lebam-lebam dan calar sahaja.

Yang lawaknya ada juga wanita yang terlibat dalam pergaduhan epik di sawah padi tadi. Yang paling lawak apabila para lelaki yang tercedera parah manakala yang wanita di hadapannya ini hanya hilang tudung dan luka sedikit sahaja apabila mereka ditangkap tadi.

"Saya tanya sekali lagi, siapa yang mulakan?" Tegas suara itu menyoal sehingga terjungkit bahu masing-masing. Iyalah tadi punyalah sunyi sepi. Tiba-tiba sahaja ada suara garau menyoal.

Alana melangut membalas tatapan mata pegawai polis yang bernama Umar itu. Apabila pandangan mata lelaki tersebut kelihatan keliru dan tidak percaya dengan apa yang terjadi, Alana menoleh ke arah kanannya. Di mana ada Hadeef, Furqan dan Iman yang sedang menunding ke arahnya dengan jari telunjuk mereka. Alana tergamam hebat. Rahang jatuh sebawah-bawahnya.

"Wah... Hah? HAHAHA! BAPAK KAU-" Furqan, Iman dan Hadeef cepat-cepat melindungi diri mereka dengan tangan masing-masing.

"HEI! DUDUK!" herdik Umar saat Alana mahu memukul ketiga-tiga bekas banduan yang sudah kembali ke tempat asal mereka itu. Umar meneguk liur saat Alana menjeling dia sekali. Alana duduk semula ke kerusi lalu disilangkan tangan ke dada. Sekali-sekala dikerling Gibran yang sedang menunduk akibat ketakutan itu.

Alana betulkan kain yang serupa selimut itu kembali supaya tidak terjath. Maklumlah, jersey shawl kesayangan dia hilang ke mana pun dia tidak tahu. Jadi pihak polis hulurkan kain ini sebagai ganti untuk menutup auratnya.

"Dah ada yang mengaku?" Fitri menyoal Umar yang kelihatan sudah berserah itu kerana tak ada seorang pun mahu menceritakan apa yang telah terjadi. Umar memicit pelipis lalu menggelengkan kepala.

"Ini mesti kau yang start kan Furqan?" Tuduhan tepat Fitri membuatkan Furqan tersinggung. Furqan berdecit kegeraman.

"Asal buruk aje aku," kata Furqan.

"Memang." Serentak Umar, Fitri dan Alana menjawab. Furqan tidak puas hati, dipandang sahabatnya yang berada di kiri dan kanan. Iman dan Hadeef buang pandangan ke tempat lain. Iman mengira daun yang ada pada pokok hiasan manakala Hadeef buat-buat baca info yang terlekat di dinding.

"Kalau tiada siapa mahu beri kerjasama, saya akan masukkan kelima-lima ke dalam lokap sampai ada yang mengaku," ugut Fitri dengan serius.

"Three musketeers dark web ni yang serang suami saya dulu, encik polis. Sebagai isteri yang baik, saya cuma balas apa yang dia orang buat," terang Alana dengan jelas.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now