44 : restart

1K 73 3
                                    

KELOPAK mata terbuka luas saat bunyi ketukan pintu yang kuat dan berterusan memecah kesunyian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELOPAK mata terbuka luas saat bunyi ketukan pintu yang kuat dan berterusan memecah kesunyian. Dada terangkat ke atas saat dia kehilangan oksigen akibat mimpi ngeri yang baru sahaja dia tempuhi itu tadi. Lantas itu, tubuhnya bangun dari pembaringan lalu disandarkan belakang tubuh ke kepala katil. Tercungap-cungap Alana mencari nafas, diusap dada yang masih bergelora menahan gerun dan cemas yang menyerang diri.

"Astaghfirullah..." Alana beristighfar perlahan. Tubir mata yang basah tadi diabaikan saat ketukan pintu semakin kuat.

"Woi bangunlah!" Alana mengetap gigi kuat-kuat. Rasa mahu meletus segala kemerahan yang ada. Sudahlah dia sakit kepala, boleh pula Asfa memekak memanggilnya dengan biadap. Sekali sahaja, tolonglah, sekali sahaja Alana mahu menikmati keheningan petang yang damai apabila dia pulang ke rumah ini sebaik sahaja cuti sem.

"Kau nak apa setan! Bingitlah!" Alana melaung dari dalam bilik. Terus terbuka luas pintu bilik wanita itu. Figura Asfa menjamah pandangan mata. Rasa berapi sahaja melihat Asfa yang penuh kesinisan itu.

"Kau tak solat lagi ke? Nanti masuk neraka baru tahu." Sinis. Penuh sinis dan angkuh gaya Asfa yang sengaja mahu memprovok kakak kandungnya itu. Sudah menjadi hobi utama Asfa untuk menyakiti hati Alana.

"Kau nak aku tempek pad aku kat kau ke macam mana," balas Alana dengan amarah. Sayang adik sendiri memanglah sayang tetapi kalau buat perangai tak semengah memang nak kena!

"Dalam rumah ni kalau aku, ibu dengan Alya tak solat pun tak pelik. Bukan macam orang tu..." Giliran Alana pula untuk memerli.

"AKU SOLATLAH KAU ELOK SIKIT!"

"LAH! TERASA KE?"

"PATUT AH TAK ADA SIAPA NAK KAHWIN DENGAN KAU!"

"BAPAK LU! AKU YANG TAK NAK KAHWIN!"

"BAPAK WA, BAPAK LU JUGALA... IBU!"

"Tch, dah kalah panggil back up besar. Kau ni tak jantan! Patutlah sampai sekarang tak ada perempuan nak kat kau!" Asfa pula yang panas. Niatnya tadi mahu bergurau senda, sekarang dia pula yang panas!

"Aku bagi tahu ibu!"

"Pergi ah- Aw..." Alana tertunduk lemah sambil jari-jemari mengurut pelipis. Terus Asfa menolak pintu seluas yang mungkin lalu meluru ke arah Alana. Asfa berdiri di tepi katil lalu membuka kotak ubat-ubatan Alana.

"Ubat tahan sakit dah habis ke?" soal Asfa penuh prihatin. Dicari sehingga ke dasar kotak namun hampa, memang sudah habis. Alana tersengih sinis.

Risau rupanya. Ingatkan suka kalau dia mati sekalipun.

"Habis dah minggu lepas." Selamba sahaja Alana menjawab. Asfa ternganga.

"Kenapa tak bagi tahu awal-awal? Kalau tak aku boleh pergi belikan dah," kata Asfa dengan kerutan di dahi. Marah agaknya.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now