30 : not the same anymore

1.1K 82 6
                                    

RIUH suasana di dalam bilik hospital ini saat keluarga Tuan Ghaffur datang melawat dan hari ini barulah Alana dapat berkenalan dengan Tengku Zara Safya, merangkap sepupu Gibran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RIUH suasana di dalam bilik hospital ini saat keluarga Tuan Ghaffur datang melawat dan hari ini barulah Alana dapat berkenalan dengan Tengku Zara Safya, merangkap sepupu Gibran. Alana tidak dapat nafikan bahawa keluarga besar Gibran sangat rupawan dan tidak lupa juga jutawan.

Keluarga Tuan Ghaffur rupa-rupanya mempunyai darah Arab dan Rusia. Pada awalnya Alana rasa mahu ketawa kerana terasa dirinya seperti di dalam novel namun apabila dia melihat betapa indahnya rupa paras keluarga bapa mentuanya itu, dia rasa mahu menangis pula.

Kerana jika hendak dibandingkan dengan dia.

Alana tersenyum sinis, dia pasti orang luar akan menganggapnya sebagai pembantu rumah keluarga kaya raya ini sahaja.

Alana pun cantik! Namun dia harus akui yang kecantikkannya hanya dua puluh peratus sahaja kalau mahu dibandingkan dengan kecantikan Zara, Bahiyah dan Batrisyia. Puan Sri Husniya ada tunjuk gambar kembar itu tadi walaupun mereka tidak dapat hadir.

Baru tadi juga Tuan Ghaffur memperkenalkan seorang demi seorang keluarga sebelahnya.

Datuk Rania Az-Zahra, kakak sulung Tuan Ghaffur berkahwin dengan Tengku Zahin, CEO pusat membeli-belah elit terbesar di Malaysia. Datuk Rania juga merupakan CEO barang kemas untuk golongan elit dan sudah semestinya keluarga ini keluarga yang berprestij tinggi. Mereka mempunyai dua cahaya mata, Tengku Zaid Sadiq dan juga Tengku Zara Safya.

Tan Sri Habib Al-Yaa'la pula merupakan anak bongsu di antara tiga beradik itu. Merupakan pemilik syarikat penerbangan Malaysia, berkahwin dengan Puan Sri Husniya Baheera, bekas pramugari yang kini menjadi suri rumah sepenuh masa. Mempunyai tiga cahaya mata isitu Bilal, Bahiyah dan Batrisyia yang sedang menuntut ilmu di luar negara.

"Maaf ya May, Zara sepupu Gibran aje... Jangan risaulah." Tengku Zahin mengusik namun dalam pada masa yang sama lelaki itu ikhlas meminta maaf.

Mana tidaknya, anak bongsunya itu pun satu, bukan mahu minta maaf dan menjelaskan apa yang telah terjadi. Malah menambahkan lagi masalah. Kalau Alana terkena serangan jantung kerana terlalu kecewa bagaimana?

"You pun satu Zara, kasihan kakak ipar you tahu tak?" Datuk Rania menegur anaknya di hadapan Alana.

"Okay... Okay... I am sorry," ucap Tengku Zara tidak ikhlas.

"Tak apa..." balas Alana tidak ikhlas.

Entah kenapa namun Alana tidak berminat dengan kehadiran Tengku Zara. Panggil dia gila sekalipun dia tidak kisah, naluri sebagai seorang isteri mengatakan bahawa Tengku Zara membawa aura negatif dalam kehidupan mereka.

Lihat sahaja bagaimana Gibran kurang senang setiap kali Tengku Zara ada dan lihat sahajalah bagaimana Tengku Zara tidak ada rasa hormat terhadap Alana sedangkan mereka baru sahaja berjumpa.

Alana juga ada perasan bahawa Tengku Zara terlalu mesra sehingga tidak menjaga batasnya dengan Gibran.

Alana tidak sedap hati.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now