25 : the love of her life

1K 78 6
                                    

HUJAN renyai di luar jendela dipandang sayu oleh Alana yang masih tersadai di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HUJAN renyai di luar jendela dipandang sayu oleh Alana yang masih tersadai di atas katil. Jarum jam dinding yang kelihatan berputar laju dari sudut pandang mata Alana tidak dihiraukan. Dunia Alana kelam tanpa sebarang nur. Nafas dihela lemah, tubuh pula masih tersadai di atas tilam, terkaku payah untuk bergerak.

Dia dan Emyr singgah ke hotel sementara menunggu ribut di luar sana berkurangan. Semalam, hampir sahaja kereta yang dipandu Emyr berlanggar dengan kereta yang tergelincir akibat jalan yang licin. Maklumlah, ribut petir semalam sakan melepaskan amarah masing-masing. Oleh kerana mahu mengambil langkah berhati-hati Emyr dan Alana berehat di hotel dahulu sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Jika ditanya pada Alana ada apa dalam fikirannya sekarang, mungkin Alana sendiri tidak mampu untuk menjawab oleh kerana hati dan fikirannya terasa kosong. Seolah-olah tidak dapat menghadam perasaan sendiri.

Alana mengeluh perlahan sebelum tubuh dipusingkan menghadap ke kiri pula. Seluruh sendi tubuh sudah terasa lenguh. Mata dipejam rapat, memaksa diri untuk kembali lena namun gagal sekian kali. Tubuh menggigil kesejukan walaupun gebar sudah ditarik hingga ke paras dada.

Sejenak dia terlelap, terasa ada jemari hangat menyentuh permukaan wajahnya. Kelopak mata kembali terbelah lalu mata dengan pantas cuba menghilangkan kabur akibat menahan kantuk itu.

Dalam samar cahaya bulan, kelihatan seorang lelaki sedang sibuk merapikan rambut Alana yang sudah mengurai tidak kena tempat. Kemudian, dikesat keringat di tepi dahi wanita itu sehinggalah fokus Alana kembali jelas.

"Gibran..." terlepas sebaris nama itu dari bibir pucat Alana. Gibran tersenyum suka saat si isteri memanggilnya. Wajah kepenatan Alana mengundang sebak di hati. Diusap penuh kasih sayang tepi kepala Alana, tanda dia sedang mendodoi isterinya itu supaya kembali lena.

Sekali-sekala, jari-jemari si suami bermain dengan panjangnya rambut si isteri. Kadang-kala dipintal, ada masa dirapikan semula rambut selembut bak sutera itu.

"Kenapa?" Lembut sahaja suara garau itu menyoal. Ditatap lama iris mata yang semakin menghilang sinarnya itu. Kini, wajah Gibran juga bertukar suram.

Saat ini, Alana seakan-akan tahu bahawa dirinya sedang berhalusinasi. Namun jiwanya meronta-ronta meminta pada yang Esa supaya menjadikan ianya satu kenyataan.

Kerana dia benar-benar memerlukan Gibran di sisinya taktala ini.

Pemergian Khay sudah semestinya membawa luka yang sangat dalam buat Alana. Dia kecewa kerana tidak sempat mengutarakan rasanya kepada arwah Khay. Sekurang-kurangnya dia mahu arwah tahu bahawa dia amat berterima kasih kepada jejaka tersebut kerana telah menyelamatkannya dan dia selama-lamanya terhutang budi kepada Khay.

Dia juga ingin meminta maaf kepada Khay kerana tidak dapat mengotakan janjinya. Janji yang dia akan menunggu Khay dan berkahwin dengan jejaka itu.

Pada awalnya, Alana benci pada dirinya sendiri kerana sanggup menduakan Khay. Penafian demi penafian, ego dijunjung tinggi walaupun pintu hatinya sudah terbuka luas buat si suami. Lakukanlah apa cara sekalipun, Alana tidak dapat menafikan perasaan sayangnya terhadap Gibran sudah meresap jauh ke dalam sanubarinya.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now