02 : Missing him

1.4K 82 19
                                    

KELOPAK mata Alana terbuka perlahan, bibir yang sudah lama bercantum kini terbelah sedikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELOPAK mata Alana terbuka perlahan, bibir yang sudah lama bercantum kini terbelah sedikit. Bibir keringnya terasa pedih sehingga berjaya membuat dahi berkerut seribu. Tubuhnya yang masih lemah itu cuba digerakkan perlahan-lahan. Mata pula dikelipkan banyak kali oleh kerana mahu mengembalikan semula penglihatannya yang sedang kabur itu.

"Kai?" air mata kembali bergenang di tubir mata saat sosok yang amat dia rindui itu kembali mengisi ruangan mindanya. Sangat jelas dimatanya figura lelaki itu, lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya yang sudah lama terkunci. Lelaki yang berjaya menghidupkan semula segala-galanya yang telah mati dalam dirinya. Lelaki yang sanggup berkorban nyawa demi nyawa Alana yang dikatakan berharga itu.

Lelaki yang tulus Alana cintai.

Kini Alana kembali kepada peristiwa lima tahun lepas. Di mana dia masih berada di tempat yang menjadi mimpi ngerinya sepanjang lima tahun ini namun kali ini dia bersama dengan lelaki yang memberinya mimpi indah... walaupun untuk seketika waktu.

Alana tersenyum pahit sambil bibirnya menggeletar hebat menahan esakan saat melihat Kai yang lengkap berpakaian unit pasukan elit itu. Walaupun hampir seluruh wajah lelaki itu ditutupi dengan kain hitam khas milik pasukan elit, namun iris hazel milik lelaki itu sahaja cukup untuk membuatkan Alana mengingatinya.

Alana yang sedang bersandar di dinding dan Kai yang sedang melutut di hadapannya.

Alana tahu Kai sedang menghadiahkan senyuman manis buatnya disebalik military balaclava mask yang dipakai lelaki itu. Oleh itu, Alana kuatkan dirinya untuk membalas senyuman lelaki pujaan hatinya itu.

Kai mengusap lembut tepi kepala Alana yang masih tidak berhijab itu. Apa yang membuatkan hati Alana remuk hebat adalah saat air mata Kai juga turut menitis.

"Kai..." lama mereka saling bertukar pandangan yang jelas menyatakan bahawa mereka cinta akan satu sama lain sehinggalah bunyi letupan kuat serta api marak menghentam tubuh sasa Kai.

Alana tersentak dari tidur panjangnya. Air mata yang mengalir deras serta kaburnya pandangan mata membuatkan Alana kembali memejamkan mata buat seketika waktu. Entah berapa lama dia kembali terlelap sebelum tubuh dan mindanya kembali kuat untuk bangun semula.

"Kai?" Alana nampak bayangan lelaki yang sedang menatapnya. Walaupun pandangan matanya masih kabur namun Alana yakin itu ialah Kai yang berada di sisinya sekarang. Alana yakin, Kai sedang menunggu untuk Alana sedar sepenuhnya! Siapa lagi lelaki yang sanggup menunggunya ketika dia berseorangan kalau bukan Kai? Siapa lagi lelaki yang akan menyelamatkannya kalau bukan Kai?

Alana semakin delusional.

"Kai?" suara serak itu tidak berhenti memanggil nama si dia yang sudah lama kembali kepada penciptanya. Lirih suara lunak itu memanggil mengharapkan keajaiban bahawa jejaka yang dia cintai masih hidup dan sekali lagi menyelamatkannya.

"Sekali lagi awak selamatkan saya, kita kahwin."

Tolong tuhan, semoga Kai yang sedang menunggunya.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now