39 : price that you need to pay

1K 67 7
                                    

SKRIN televisyen yang memaparkan berita semasa itu ditenung lama oleh Gibran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SKRIN televisyen yang memaparkan berita semasa itu ditenung lama oleh Gibran. Tangan sedang sibuk menghidangkan lauk pauk untuk keluarganya. Alana pula masih di dapur, sedang menguruskan nasi yang masih panas itu.

Tuan Ghaffur pandang anak tunggalnya kembali saat hati berasa tidak senang. Dihela nafas panjang.

Puan Qismah juga sudah tidak senang duduk.

"Ramai betul orang hilang sekarang." Tuan Ghaffur cuba membuka topik.

"Daddy dengar kes kali ini ada kena mengena dengan kes beberapa tahun lepas? Betul ke, Ian?" soal Tuan Ghaffur.

"Pihak polis kata masih dalam siasatan tapi kami dah sahkan yang mereka cuba rancang sesuatu, daddy. Macam biasa, kes cover sebab orang besar terlibat." Lemah semangat keluarga tersebut mendengar berita buruk itu tadi.

"Team Ian ke sayang?" Soalan Puan Qismah kedengaran sayu sahaja. Gibran rasa sebersalah mahu mengaku bahawa dia antara yang terlibat dalam misi kali ini. Setelah apa yang terjadi, tak mungkinlah kedua orang tuanya akan mampu menerima keputusannya. Jadi Gibran memutuskan untuk tipu sunat.

Gibran geleng kepala.

"Jangan risau... Ian cuma ditugaskan dekat office buat masa sekarang," jelas Gibran sambil menuangkan air ke dalam gelas.

"Sayang?" Gibran cemas saat Alana kelihatan pucat dan tidak bermaya. Gibran mendekati isterinya lalu dipapah tubuh kecil itu ke meja makan.

"May kenapa ni? May demam ke sayang?" soal Puan Qismah sambil mengusap belakang Alana yang sudah duduk di kerusi bersebelahannya itu.

"May lapar," kata Alana lalu mengundang tawa yang lain. Gibran hela nafas lega. Ingatkan kenapalah tadi.

"Ya Allah, mari makan dulu. May tak makan ke siang tadi?" Alana geleng kepala. Siang tadi dia malas makan kerana dia mahu makan makanan manis yang dia lihat di media sosial namun dia malas keluar rumah. Nak beli grab, penghantaran tengah mahal pula.

"Sayang nak makan apa-apa ke? Abang boleh belikan," kata Gibran sambil mencedok nasi ke pinggan isterinya.

"Eh tak apalah, May kalau nak datang bulan memang mengada sikit hihi," balas Alana dengan wajah malu malu kucing.

"Lah, minta ajelah dekat laki awak tu awak nak makan apa, May. Kikis aje duit Ian ni, daddy tak marah pun. Biar dia rajin kerja untuk isteri dia. Budak ni dah jadi pemalas, asyik nak berkepit dengan kamu aje May sampai tak mahu nak lapor diri semula. Dah lupa agaknya tanggungjawab dia," bebel Tuan Ghaffur.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now