05 : Should I?

996 66 19
                                    

KEPALA terpusing-pusing mencari di mana kelibat yang ingin berjumpa dengannya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEPALA terpusing-pusing mencari di mana kelibat yang ingin berjumpa dengannya itu. Alana melangkah ke hadapan, dengan harapan dirinya akan semakin dekat dengan wanita yang mahu berjumpa dengannya.

"Alana!" Alana menoleh ke arah punca suara tersebut. Sebaik sahaja mata mereka bertembung, Alana mengguntumkan senyuman lalu berjalan mendekati wanita yang sebaya ibunya itu.

"Puan..." Alana menunduk hormat sambil menarik kerusi berhadapan dengan Puan Qismah. Alana menghulurkan tangan untuk bersalaman lalu mencium tangan Puan Qismah dengan penuh hormat.

"Alana sihat?" Alana mengangguk dengan senyuman terhias di bibir. "Puan sihat?" Puan Qismah mengangguk laju. Kedua-dua mereka kembali senyap. Alana hanya menunduk memandang meja makan sambil menekan-nekan lantai dengan hujung jari kaki.

Kekok. Sangat kekok sehingga Alana rasa mahu pulang ke rumah.

"Aunty minta awak jumpa aunty hari ini sebab..." Puan Qismah takut-takut ingin meneruskan perbualan. Takut jika Alana terus lari meninggalkannya.

"Sebab Gibran?" Alana menjawab sendiri. Wajah cantik itu masih tenang menunggu jawapan. Puan Qismah mengangguk bersetuju lalu merenung mata garang itu, meminta simpati Alana.

"Saya minta maaf Puan Qismah. Tapi saya memang tak berminat untuk berkahwin. Saya anak sulung dan keluarga saya perlukan saya. Ibu dengan adik-adik saya perlukan saya dan kalau saya kahwin dengan Gibran nanti macam mana? Gibran saya kena jaga, ibu dan adik-adik pun saya kena jaga. Saya bukan robot puan. Saya penat dan biarlah saya berpenat untuk orang saya sayang sebab sekurang-kurangnya saya tak akan mengungkit. Kalau saya berlaku jahat dengan Gibran nanti macam mana? Puan tak kesian dekat anak sendiri? Puan tak ada rasa kesian dekat saya ke?" Panjang lebar Alana membebel. Meluahkan segala rasa yang dia simpan di sudut hati. Dia nekad tidak mahu berkahwin dengan Gibran. Dia tidak mahu!

"Aunty faham sayang dan sebab itulah aunty akan bagi ganjaran lumayan untuk awak." Alana terkelu, dia baru sahaja mahu melawan tapi oleh kerana perkataan ganjaran itu menyapa koklea telinganya, Alana memutuskan untuk mendengar dahulu penjelasan daripada Puan Qismah.

"Aunty minta awak datang jumpa aunty hari ini sebab aunty nak berbincang dengan awak tentang hal ini. Aunty janji aunty dan uncle akan bagi ganjaran lumayan untuk awak, Alana."

"Sekejap-sekejap, cuba puan explain terus pada saya dan jangan buat saya tertunggu-tunggu." Alana sudah tidak sabar, dia benci jika orang membuat dia tertunggu-tunggu seperti ini. Cuba cakap terus.

"Kalau awak sudi kahwin dengan anak aunty, aunty janji yang kami akan beri kemewahan kepada awak. Ibu dan adik-adik awak pun kami akan tanggung dan awak tak perlu bekerja pun sayang, asalkan awak sudi jadi isteri Gibran." Ternganga luas mulut Alana mendengarkan ganjaran yang tidak masuk akal itu. Tahulah kaya-raya tapi tak akan lah kekayaan keluarga Gibran ini sampai mampu tanggung kehidupan dia, ibu dan tiga orang adik beradiknya lagi? Gila apa? Orang kaya pun boleh lingkup tahu tak kalau nak jaga mereka sekeluarga. Dengan asfa yang dah tunjuk belang dengan pandai mencuri duit itu. Memang tidaklah Alana mahu menerima ganjaran ini.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now