17 : firework

959 71 3
                                    

PARA hadirin disantuni dan disambut oleh Alana, Rayfa dan juga Farah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PARA hadirin disantuni dan disambut oleh Alana, Rayfa dan juga Farah. Masing-masing tersenyum manis menjemput tetamu masuk untuk menjamu selera. Suasana riuh rendah dengan bunyi muzik dan juga kebisingan tetamu yang sedang bersembang. Seronok Alana melayan tetamu yang hadir pada hari ini.

Dan setakat ini, tidak nampak langsung bayang Mak Som dan Qaisara.

"Tak datang lagi ke Mak Som kesayangan kau, Farah?" Aqeel menyoal dengan niat menyakat. Farah menjeling sambil menjuih bibir.

"Bodoh ke? Aku takek kau nanti!" Aqeel terus berlari ke arah Alana.

"Kak long okay? Kalau kak long nak rehat biar Aqeel ganti, abang long ada dengan yang lain dekat tempat makan sana... Tengah layan orang," kata Aqeel mencarik kulit kayu pokok di sebelah mereka.

"Eh, tak apalah. Saya nak duduk sini dengan Farah dan Rayfa. Kalau Aqeel dah siap kerja pergilah rehat dulu. Baik pergi makan nanti banyak lagi kerja kena buat," pesan Alana. Sambil-sambil itu dihulur goodies untuk tetamu yang sudah mahu pulang.

"Hmm, okay lah kalau macam itu. Aqeel pangil pun sebab abang ada cari akak." Terus terteleng kepala Alana memandang Aqeel semula. Aqeel tersengih nakal saat reaksi kak longnya itu laju sahaja.

Alana bedehem singkat.

"Bukan emergency pun kan?" Alana menyoal. Aqeel menggeleng.

"Tak pun tapi mungkin sebab rindu," usik Aqeel sebelum berlalu pergi dengan langkah yang laju. Tak mahu dia terima nasib yang sama seperti Mak Som.

Dengar sahaja cerita daripada Farah dan Rayfa beberapa hari yang lepas, tahulah mereka bahawa Alana Maylea, kakak ipar mereka itu bukanlah perempuan yang boleh dibuat main sesuka hati. Meremang mereka semua dengan nasib yang menimpa Mak Som. Namun terselit rasa puas hati apabila wanita tua itu akhirnya bertemu juga dengan lawan yang mampu membuat wanita tua itu terduduk.

Lihat sahajalah, walaupun keluarga mereka tidak menyimpan dendam namun Mak Som tidak mahu munculkan diri langsung. Terkilan gamaknya sehingga orang kampung pun terasa pelik apabila hidup mereka terlalu aman kerana kehilangan Mak Som untuk beberapa hari ini.

Aqeel masih ingat lagi betapa riuhnya rumah mereka ketika itu saat keluarganya yang sudah lama bersabar akhirnya menghambur juga segala yang dipendam. Dan buat kali pertamanya Aqeel dapat melihat mak longnya yang lemah-lembut itu meletup jua akhirnya.

Silap besarlah Mak Som, siapa suruh jolok sarang tebuan.

Farah datang mendekati Alana.

"KAK LONG!" Alana tersenyum saat Farah bukan main bahagia lagi seperti wanita itu pula yang bersanding pada hari ini.

"Pak lang dengan mak lang suruh kita semua makan dulu, nanti ada orang ganti kerja kita. Jom," kata Farah sambil menarik tangan Alana menuju ke tempat makan. Rayfa lari anak lalu memegang tangan Alana yang di sebelah lagi.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now