28 : those strange gaze

992 67 5
                                    

LANGKAH kaki semakin memberat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAH kaki semakin memberat. Nafas cuba distabilkan setiap saat sambil air mata mengalir deras. Maiya cuba berlari namun gagal saat kaki terketar-ketar menahan ketakutan. Sekali-sekala dipegang dinding hospital bagi menyeimbangkan diri semula. Bibir yang bergetar diketap kuat.

Dalam kepala hanya ada memori dia bersama Alana sahaja. Gelak-tawa Alana, marah Alana, tangisan Alana... Semua sedang bermain di layar fikirannya sehingga dada semakin memberat dengan rasa sebak.

"May..." Maiya takut... Takut jika dia terlambat untuk bertemu dengan sahabat baiknya. Takut jika Alana meninggalkan mereka tanpa mengucapkan selamat tinggal.

Taktala ini, memori dua hari lepas bermain di dalam fikiran. Di mana dia dan Alana bersembang melalui telefon pintar pada waktu malam. Masih Maiya ingat bagaimana bahagianya suara Alana menyapa gegendang telinganya sehingga Maiya ikut senyum sekali.

Terasa seperti baru semalam Alana menyatakan bahawa dia bahagia dan baik-baik sahaja namun kini...

Bagaimana semuanya mampu berubah dalam sekelip mata.

Kaki Maiya terhenti saat keluarga Alana serta Gibran sudah jatuh terduduk dengan tangisan yang semakin bergema di segenap penjuru lorong hospital ini. Dunia Maiya seakan berhenti berputar, rasa mahu pitam melihat Puan Maryam yang sedang terduduk di dalam pelukan Asfa. Air mata Maiya lebat mengalir ke pipi namun wajah hanya memaparkan riak kosong. Bibir terbelah mencari oksigen.

Terkedip-kedip mata Maiya cuba memikirkan seribu satu kemungkinan yang dia bakal dengari.

Kaki melangkah mendekati dua keluarga yang sedang berduka itu. Tangan digenggam kuat sebelum dia membuka bicara untuk bertanya tentang keadaan Alana.

"Aunty..." Maiya meletakkan tangan ke atas bahu Puan Qismah perlahan-lahan. Keadaan Puan Maryam yang separa sedar itu membuatkan Maiya memilih untuk bertanya kepada Puan Qismah.

"Mereka... Macam mana?" soal Maiya dengan terketar-ketar. Wajah sembap Puan Qismah dan Tuan Ghaffur menambahkan sesak di dada. Merah mata kedua orang tua Gibran.

"May dengan Ian..." Puan Qismah terhenti seketika.

"Gibran dah lepas tahap kritikal dan doktor kata May masih kritikal kerana kehilangan banyak darah," sambung Tuan Ghaffur saat isterinya tidak mampu mengutarakan apa-apa lagi.

"Tapi May boleh survive kan?" soal Maiya lagi.

"Kami... Kami tak pasti," balas Tuan Ghaffur sejujurnya.

"Ka- kalau May perlukan darah... Saya boleh derma. Jenis darah kami sama," kata Maiya berselang-seli dengan easakan.

"Kak..." Maiya pandang Asfa yang sedang menangis itu. Bergetar bibir Asfa menahan duka melihat kakak sulungnya berjuang demi meneruskan kehidupan di dalam wad ICU sana. Rasa bersalah sedang bermaharajalela. Bagaimana jika pagi tadi merupakan detik terakhir dia mendengar suara kakak kandungnya itu. Bagaimana jika ianya memang benar-benar kali terakhir dia bersembang dengan satu-satunya kakak yang dia ada?

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now