38 : I'm always there with you.

996 66 2
                                    

KELOPAK mata terbuka semula setelah lama dia terlena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELOPAK mata terbuka semula setelah lama dia terlena. Gibran tersenyum saat Alana sudah bangun terlebih dahulu. Mata isterinya terkedip-kedip memandang iris hazel bersinar itu.

"Hi cantik." Alana ketawa saat Gibran memanggilnya dengan panggilan cantik.

"Hi kacak." Gibran ketawa besar. Bergegar kepala Alana saat Gibran ketawa.

"Saya ada banyak sangat benda nak sembang dengan awak," kata Alana.

"Sembanglah, abang suka aje nak dengar. Kita ada banyak masa sama-sama dan setiap masa tu abang beri pada sayang," kata Gibran penuh romantis lalu dikucup ubun-ubun Alana.

"Jangan lupa Allah." Terpejam mata saat hati dipanah dengan kata-kata isteri sendiri. Betul juga tu, sepatutnya masa yang ada patut diluangkan bersama pencipta bukan dengan hambaNya semata-mata.

"Ya Allah sayang, sakitnya." Gibran pegang dada sendiri. Alana ketawa perlahan.

"Maaf, saya malu sebenarnya." Alana sorok wajah ke ketiak Gibran. Tak kisah, suaminya wangi sangat!

"Terima kasih sebab sudi luang masa dengan saya." Gibran peluk Alana seerat yang mungkin.

"Terima kasih dekat Allah sebab bagi masa lebih untuk kita berdua bercinta." Alana tahan ketawa. Ini nak balas balik ke macam mana.

Tapi itulah faktanya. Syukur ke hadrat Illahi kerana mereka dapat bersatu semula.

"Saya masih tak sangka yang kita pernah jumpa dulu." Alana peluk Gibran ketat-ketat.

"Itulah... Lima tahun tau abang tunggu sayang. I'm always there with you." Gibran berkata sambil mata kembali tertutup. Selesa pula dapat peluk isteri sejuk-sejuk begini.

"So..." Gibran buka mata.

"Awak akan lapor diri semula?" Alana renung Gibran lama. Gibran tersenyum lemah sebelum menganggukkan kepala.

"Kenapa, sayang tak suka?" soal Gibran saat wajah Alana berubah sayu.

"Saya takut..."

"Tapi saya bangga dengan awak Gibran. Suami saya orang yang hebat! Jadi, nak tak nak saya tetap akan ikhlaskan hati untuk terima pengorbanan suami saya. Lagipun ini jihad awak, untuk apa saya halang?" Gibran tersenyum bangga. Rasa lega hatinya saat Alana berkata sedemikian.

"Terima kasih sebab faham kerja abang, bukan semua perempuan kuat untuk terima lelaki yang kerja macam abang. Tambah-tambah lagi sayang dah tahu siapa abang." Gibran belai rambut panjang Alana.

"Abang minta sangat-sangat supaya sayang rahsiakan yang abang bertugas dalam unit khas. Biar kita mati sayang, asalkan rahsia tak pernah pecah." Alana angguk laju.

"Jangan risau, saya tak akan pernah khianati awak." Dan Alana berpegang pada janjinya sehingga ke akhir hayat.

•••

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now