22 : regret and yearning

992 68 3
                                    

KACA televisyen yang sedang memaparkan drama berepisod itu tidak dihiraukan langsung oleh Gibran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KACA televisyen yang sedang memaparkan drama berepisod itu tidak dihiraukan langsung oleh Gibran. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil mengetap bibir. Mata tidak alih dari kaca TV namun otak sudah lama terbang ke tempat lain.

Sejak dua menjak ini, Alana sudah tidak mesra seperti dahulu. Asyik serius memanjang sehingga Gibran kecil hati. Alana masih melayani Gibran seperti biasa namun Gibran perasan akan perubahan drastik Alana dari segi  keterujaan wanita itu. Alana seperti tiada emosi. Senyuman manis wanita itu juga sudah hilang, hanya tinggal senyum yang kelihatan layu sahaja.

"Gib nak makan tak?" Gibran menoleh ke arah Alana yang sedang mendekatinya.

"Lana makan sekali ke?" Alana mengangguk. Gibran senyum segaris lalu bangun dari duduk demi mengikut jejak langkah Alana ke dapur.

"Lana dengan mummy masak apa hari ni?" soal Gibran sambil melihat figura Alana yang sedang sibuk itu.

"Kami masak sambal tempoyak dengan daging goreng aje sebab daddy teringin nak makan," balas Puan Qismah sambil menghidangkan makanan.

"Tinggal aje May, nanti suruh Ian basuhkan."

"Tak apa."

Gibran rasa mahu menangis melihat kedinginan Alana, padahal wanita itu pula sedang penat dan mahu selesaikan semuanya dengan segara jadi bolehlah dia berehat sehingga ke malam sebentar lagi.

"Nanti Ian basuhkan!" Penuh semangat dengan harapan dia dapat menarik perhatian Alana namun gagal saat Alana tidak menghiraukan Gibran dan terus menyental periuk belanga.

Puan Qismah menahan ketawa saat wajah anak sulungnya muram akibat tidak dilayan isteri sendiri.

Alang-alang Alana sudah mahu selesai mencuci pinggan, Puan Qismah dan Gibran menunggu wanita itu untuk makan sekali bersama mereka.

•••

NOMBOR telefon yang Alana sudah simpan lama itu ditatap sehingga pandangan mata menjadi kabur. Makin lama makin hanyut sehingga Alana tidak perasan yang dia sedang termenung. Gibran pandang Alana yang kelihatan bak patung cendana itu. Terbit rasa kasihan namun bagaimana dia mahu tolong jika Alana tidak sudi berkongsi cerita dengannya.

Atau mungkin kerana dia tidak sepintar orang lain yang sebaya dengannya dan kerana itulah Alana tidak mahu meluahkan rasa sakit yang wanita itu pendam kepadanya.

Kerana Alana rasa yang dia tidak berguna?

"Lana..." Lembut sahaja Gibran memanggil namun Alana masih termenung bersendirian. 

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now