21 : the loneliest star.

1K 79 7
                                    

INSTAGRAM story sepupu-sepapat Gibran ditekan satu demi satu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

INSTAGRAM story sepupu-sepapat Gibran ditekan satu demi satu. Seronok Alana melihat kehidupan mereka yang lain. Ada kalanya, mereka semua akan saling membalas mesej. Memberitahu apa sahaja benda yang menarik untuk dikongsi bersama. Siap ada Whatsapp group!

Alana memerhatikan gelagat Gibran yang sedang menulis sesuatu di atas kertas. Tersengih-sengih sehingga Alana naik meluat. Apa yang seronok sangat dengan kertas tu? Alana berjalan mendekati Gibran perlahan-lahan.

Mata yang fokus menulis itu kini ternaik akibat bunyi tapak kaki yang kuat didengari oleh gegendang telinga. Angin yang terhasil dari gerakan Alana juga memberi petunjuk pada Gibran untuk toleh ke belakang.

"Ha!"

"ARGH!" Alana menjerit kuat taktala Gibran menyergah Alana secera tiba-tiba. Sedangkan dia yang mahu sergah Gibran!

"Lana nak apa?" Tanpa rasa bersalah, Gibran menyoal.

"Kau ni! Terkejut aku," kata Alana sambil mengusap dada sendiri. Sakit jantung dibuatnya sehingga wajah Alana berkerut seribu.

"Kau tengah buat apa?" soal Alana sambil mengintai buku yang sudah ditutup dengan tangan gergasi Gibran itu.

"Tengah tulis diary," balas Gibran mendatar. Kening Alana serta hujung bibir munggil itu terus ternaik.

"Alolo comelnya macam tuan puteri pula menulis diary!" usik Alana sambil menunjal bahu Gibran berkali-kali. Gibran tertunduk malu.

"Kau tulis pasal apa Gib? Nak baca!" Seraya itu tangan Gibran dan tangan Alana berebut diary milik Gibran itu tadi. Alana pandang buku lalu merenung mata hazel Gibran pula, meminta Gibran lepaskan buku itu dalam bahasa isyarat. Gibran menggeleng kepala. Tangan masing-masing sudah berurat.

"Berdosalah baca diary orang!" Seraya itu juga Alana lepas sehingga Gibran ke belakang.

"Okay," balas Alana tanpa rasa bersalah lalu meninggalkan Gibran terpingga-pingga.

Gibran tutup diari kesayangan lalu diletak buku tersebut ke dalam laci berkunci miliknya. Bangun dari duduk, Gibran melangkah mendekati Alana yang kelihatan mahu keluar dari bilik mereka.

"Nak gi mana?" Seperti biasa, Gibran sudah siap sedia mahu menjadi bayang Alana pada pagi ini.

"Cari kawan lain, kau bukan nak kawan dengan aku pun!" Alana mahu lari namun laju sahaja tangan kekar itu menangkap tangan halus milik Alana.

"Mana ada! Ian tak pernah kata macam tu pun!" Gibran sudah gelabah. Sejak bila dia utarakan kata-kata tersebut pun Gibran tidak tahu.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now