03 : A month passed

1.2K 70 26
                                    

"HADIAH apa pula kali ni?" Maiya menyoal sebaik sahaja matanya menangkap kotak hadiah yang sedang Alana pegang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HADIAH apa pula kali ni?" Maiya menyoal sebaik sahaja matanya menangkap kotak hadiah yang sedang Alana pegang. Seperti biasa sejak sebulan yang lepas lagi, sahabatnya itu akan selalu menerima hadiah hampir setiap hari. Sehinggakan mereka naik muak.

"Entahlah, kau nak buka?" Alana menghulurkan kotak hadiah tadi tepat ke wajah Maiya. Maiya tersenyum sinis.

"Kalau hadiah mahal pun aku ambil tau kali ni?" Alana hanya mengangguk tanda mengizinkan. Maiya membuka kotak yang bersaiz kecil itu dengan penuh cermat sebelum mata wanita itu membulat. Alana yang masih menyuap makanan ke dalam mulut itu hanya mengabaikan sahabatnya. Maiya memang seorang yang sangat dramatik, jadi Alana sudah terbiasa dengan ekspresi wanita itu.

"Apa pula hadiah kali ini?" soalan Alana masih dibiar sepi. Sebenarnya Alana sudah naik muak dengan hadiah yang di hantar oleh Gibran sejak sebulan yang lepas. Surat cinta, makanan, barangan berjenama, apa aje yang lelaki itu tidak bagi. Entah-entah esok lusa ada kereta sebiji di hadapan rumah dia.

"Aku tak rasa aku boleh ambil hadiah ni..." Mata bulat Maiya terkedip-kedip memandang Alana. Kening Alana mula bertaut, seraya itu Maiya menolak perlahan kotak tersebut. Senyuman masih disembunyikan. Alana mencapai kotak tadi lalu diperiksa isi di dalam. Maiya melebarkan sengihan manakala Alana ternganga luas.

Masin benar mulut Alana! Memang sekarang ini dia sedang memegang kunci kereta yang berjenama Porsche.

Oleh kerana terlalu terkejut dengan hadiah yang diberi, Alana lupa untuk membuka kotak kecil bersebelahan dengan kunci kereta itu tadi. Kotak kecil berwarna Tiffany Blue itu dikerling oleh Maiya sebelum di ambil dan di letakkan di hadapan Alana.

"Ada lagi weh," kata Maiya dengan penuh semangat. Kotak yang tertulis Tiffany&Co itu dikerling oleh Alana.

Jantung Alana berdebar hebat. Takut jika tekaannya betul. Alana mencapai kotak kecil tersebut sebelum membuka ia perlahan-lahan.

"No way!" Maiya bersorak kuat namun cuba dia perlahankan suara kerana orang ramai yang berada di medan selera sudah menjeling tanda tidak senang dengannya.

Benar lagi tekaan Alana saat cincin permata itu menghiasi pandangan matanya. Alana mengeluh kesal. Maiya pula masih merenung wajah cemberut Alana.

"Kau okay tak babe?" soalan Maiya hanya dibalas dengan ekspresi wajah yang tidak puas hati. Maiya sudah mula risau melihat wajah gusar Alana. Maiya tahu yang sahabat baiknya itu sedang sarat dengan emosi, jadi dia tidak berani mahu menyoal lebih-lebih.

Bunyi notifikasi membuatkan Alana terus mencapai telefon pintar. Maiya hanya diam memerhati, tidak berani mahu bersuara.

"Aku rasa aku kena balik awal. Boleh tak kau tolong ganti shift aku Mai?" Laju sahaja Maiya mengangguk sambil membalas sentuhan Alana. Pertama kali Maiya melihat Alana sebegini terdesak, tidak sampai hati pula dia mahu menolak.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now