32 : your love heals me!

1.1K 70 9
                                    

ALANA melangut demi memandang wajah kacak Gibran manakala Gibran pula menundukkan kepala hanya kerana mahu membalas renungan mata si isteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ALANA melangut demi memandang wajah kacak Gibran manakala Gibran pula menundukkan kepala hanya kerana mahu membalas renungan mata si isteri.

"Kenapa?" Lembut sahaja Gibran menyoal. Dari tadi tangan tidak berhenti mengusap kepala Alana, mendodoi wanita itu agar dapat lena dengan nyaman.

"Saya masih tak percaya yang awak dah ingat semula," kata Alana lalu disebamkan semula wajah ke dada bidang Gibran.

"Saya sendiri pun terkejut," balas Gibran dan berjaya mengundang tawa Alana. Kedua-dua mereka ketawa sambil berpelukan.

"Mummy kata awak retrograde amnesia dan awak tersedar dalam keadaan memori awak bermula masa awak tujuh tahun..." Gibran angguk kepala.

"Jadi awak dah ingat semua memori awak ke?" soal Alana sambil menatap wajah kacak maut itu lama-lama.

"Tak sangat," balas Gibran dengan jujur. Masih banyak perkara yang dia hilang dan masih mencari. Kadang-kala ingatannya juga mengelirukan.

"Kadang-kadang saya sendiri keliru dengan memori saya, sebab memori yang datang balik ni bukan ikut urutan pun, dia nak masuk dalam otak, dia masuk tanpa amaran." Gibran menerangkan sambil jari-jemari panjang itu memintal rambut panjang Alana. Alana mengangguk faham.

"Mesti sakitkan kepala bila awak nak ingat balik?" Alana usap kepala Gibran perlahan-lahan. Gibran pula, nampak sahaja peluang keemasan untuk bermanja memang terus dia gunakan sebaik yang mungkin.

"Hmm, sakit sangat..." Gibran ubah posisi, kali ini kepala dia pula yang dilentokkan ke dada Alana.

"Kadang-kadang rasa macam nak meletup aje otak saya," adu Gibran dengan suara serak basahnya. Diketatkan pelukan di pinggang Alana. Wangian tubuh Alana dihidu lama.

"Jangan paksa sangat ya? Biar memori tu datang balik perlahan-lahan," pesan Alana sambil mengurut kepala Gibran. Kepala diangguk pelahan.

Gibran tersengih suka.

"Okay," balas Gibran sebelum kepalanya ditolak  ke belakang oleh Alana.

"Aw!" Terjerit kecil akibat terkejut. Tidak sakit langsung pun tolakan Alana itu, cuma terperanjat sahaja.

"Gatal," kata Alana sepatah. Gibran tersengih suka.

"Alah sorry lah! Nak manja-manja pun tak boleh..." Gibran mencebik. Nasiblah dapat isteri yang garang.

"By the way..." Gibran tersengih nakal lagi.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now