47 : you had that same look in your eyes

1.1K 64 3
                                    

GIBRAN tersenyum suka saat Alana mengira stok keperluan yang baru sahaja tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

GIBRAN tersenyum suka saat Alana mengira stok keperluan yang baru sahaja tiba. Bagus! Wanita itu berseorangan.

Jadi inilah masanya untuk mengorat!

Gibran membuka langkah dengan penuh keyakinan. Setiap langkahnya terasa berjalan di atas laluan berbunga setiap kali hala tujunya ialah Alana. Makin lebar senyuman Gibran melihat wajah yang sedang muncung kekeliruan itu.

"Hai, nak aku tolong?" Alana pandang Gibran atas bawah sebelum wanita itu menggeleng laju. Wajah Alana yang ketakutan itu buatkan senyuman Gibran mati. Alana abaikan Gibran.

"Esok aku bertugas luar," kata Gibran secara tiba-tiba. Sengaja mahu buka topik. Dia mahu bersembang dengan Alana. Mahu mendengar suara lunak yang menjadi igaunnya itu.

"Baguslah macam itu, duduk dalam sekolah ni asyik curi tulang dan kacau anak dara orang aje," bidas Alana dan berjaya membuatkan lidah Gibran terkelu.

"Nak buat macam mana kan? Ada perempuan cantik depan mata, mana boleh lepaskan," balas Gibran. Sengaja mahu sakitkan hati Alana. "Rezeki sungguh dapat jumpa perempuan cantik dekat PPS ni," kata Gibran dengan satu harapan.

"Rezeki sungguh dapat jumpa perempuan cantik atas cruise ni."

Laju Alana menoleh ke arah Gibran saat bisikan yang seiras dengan lelaki itu bermain di layar memorinya kembali. Wajah Alana membuatkan Gibran berharap. Lelaki itu tersenyum sambil kening dijungkitkan.

"Eee... Ayat playboy tak guna!" Alana membuka langkah meninggalkan Gibran. Tak kuasa mak nak melayan.

Giliran Gibran pula yang terkedu.

"Eee... Ayat playboy tak guna!"

Perlahan-lahan, terbit sebaris senyuman indah di bibir Gibran.

•••

SELESAI sahaja memindahkan kotak-kotak yang penuh dengan keperluan makanan dan seharian ke kelas yang menjadi stor sementara, Gibran berjalan masuk ke dewan yang menempatkan puluhan keluarga yang menjadi mangsa banjir. Di tangan ada kotak kecemasan yang dipinta oleh Leftenan Muda Syafiq itu tadi.

Mata melilau mencari Leftenan Muda tersebut.

"Tuan!" Gibran berjalan laju mendekati Leftenan Muda Syafiq. Kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun itu masih menangis di dalam dakapan ayahnya manakala si ibu tidak sanggup melihat anak lelakinya dalam kesakitan.

"Apa jadi?" soal Gibran sambil tangan licah mengeluarkan alat yang patut.

"Jatuh terseret sebab main dengan budak-budak yang lain, sampai lutut melecet dan luka berdarah." Gibran mengangguk faham.

"Alah, tak sakit mana pun ni, awak kan kuat?" kata Gibran sambil merawat luka kanak-kanak tadi bersama Syafiq. Rintihan sayu anak kecil itu tidak dihiraukan. Jika Gibran tidak sampai hati, siapa yang mahu mengubati anak kecil itu?

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now