07 : first night

1.2K 67 13
                                    

SUDAH hampir beratus kali agaknya Alana rasa gemuruh yang melampau sejak sah bergelar sebagai seorang isteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH hampir beratus kali agaknya Alana rasa gemuruh yang melampau sejak sah bergelar sebagai seorang isteri.

Dan yang paling gemuruhnya sekarang kerana dia sudah berada di dalam bilik Gibran, di atas katil Gibran dan sedang menunggu Gibran habis mandi. Alana sudah mandi terlebih dahulu dan disebabkan itulah dia sudah selamat terbaring di atas katil bersaiz king milik Gibran itu.

Kalau ikutkan hati, Alana mahu tidur sahaja kerana terlalu letih. Namun kerana ini merupakan kali pertama dia berkongsi bilik dengan lelaki, Alana jadi panik.

Sudahlah malam ini malam pertamanya sebagai isteri Gibran Qayser...

Tidak kisahlah Gibran sakit atau tidak, lelaki tetap lelaki. Mana boleh percaya kaum yang jelas-jelas nafsu mereka tertumpu kepada wanita sahaja... Dan disebabkan itulah Alana makin panik.

Dia bukanlah wanita kiriman syurga tetapi dia masih ada maruah ya. Alana sangat menjaga maruah diri dan keluarga walaupun dia baru sahaja cuba berhijab dua tahun yang lepas. Masih tidak sempurna namun Alana cuba.

Saat bunyi pintu bilik mandi dibuka oleh Gibran, Alana mula meramas jari-jemari sendiri. Cuba untuk menghilangkan gementar yang ada.

"Ian dah mandi!" Alana tekejut lalu memandang tajam Gibran yang terang-terang sedang teruja itu. "Keringkan lah rambut kau dulu! Basah nanti katil ni," kata Alana sambil menarik selimut untuk menutupi tubuh badannya yang terasa terdedah itu.

"Okie!" Alana hanya melihat cara Gibran keringkan rambut dengan penuh kesabaran. Alana mengeluh geram, dijeling Gibran yang sedang bermain dengan tuala kecil itu.

"Isy! Sini tuala tu bagi aku!" Terhinjut bahu Gibran kerana terkejut dengan suara lantang Alana. Garangnya isteri kita! Gibran mencebik sedih lalu menghulurkan tuala ke arah Alana perlahan-lahan. Alana merentap tuala yang ada di tangan Gibran.

"Duduk." Tegas namun lembut suara Alana mengarah. Gibran senyum manis lalu duduk di tepi Alana. Oleh kerana Gibran tinggi, Alana melutut di atas katil lalu mengeringkan rambut Gibran yang masih basah itu.

Agak kasar namun Gibran hanya diam membiarkan wanita pujaan hatinya itu memperlakukan apa sahaja terhadapnya. Janjikan Alana selesa dengan dirinya pun Gibran sudah gembira.

"Sebelum ni memang mummy kau ke yang keringkan rambut kau Gibran? Nampak gaya macam kau tak pernah keringkan rambut sendiri aje." soal Alana sambil menggosok celah telinga Gibran yang basah itu.

"Haah, mummy buat," balas Gibran yang hampir terlelap itu. Sedap sangat rasa apabila Alana mengeringkan rambut dia, sama macam bila mummy buat lah!

"Nak keringkan rambut sendiri pun menyusahkan orang. Kau ni dah besar lah Gibran, cuba berdikari sikit. Jangan sibuk nak susahkan mummy kau lagi dah lepas ni, faham?" Gibran mencebik saat dirinya dimarahi Alana. Mummy yang mahu keringkan rambut dia, bukan Gibran yang minta pun!

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now