40 : let the game begin.

1K 67 1
                                    

SENGAL yang terasa di tubuh membuatkan kelopak mata terbuka luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SENGAL yang terasa di tubuh membuatkan kelopak mata terbuka luas. Alana masih mamai, terkedip-kedip kedua belah matanya menahan kantuk yang dahsyat.

"Kak! Kak bangun!" Terdengar seakan-akan bisikan keras di tepi telinganya namun Alana masih belum mampu membuka mata luas-luas lagi. Ini kerana kepenatan yang dia tanggung sangat di luar kemampuan diri sendiri.

Alana kembali lelap buat seketika waktu.

"Bangunlah perempuan!" Alana tersentak saat tubuhnya ditendang oleh salah seorang lanun yang menculiknya siang tadi. Tubuh Alana terasa sakit dan sengal. Kepala pula terasa semakin berat.

Alana cuba buka mata luas-luas.

Tangan dan kaki diikat ketat sehingga kulit Alana sudah meninggalkan kesan lebam akibat ikatan yang terlalu ketat itu. Patutlah badannya terasa sakit yang amat.

Wajah Alana pucat, jelas kelihatan bahawa wanita itu sudah tidak berdaya.

"Makan cepat! Nanti kalau mampus aku juga yang kena," kata salah seorang lanun tersebut sambil melemparkan bungkusan makanan kepada mereka yang menjadi mangsa culik itu.

"Kau tolong leraika ikatan perempuan tu," arah lelaki botak kepada lelaki pendek di sebelahnya itu.

Alana meringis kesakitan saat tali tebal itu seakan menyiat kulit mulusnya. Diperlakukan kasar sebegitu rupa membuatkan air mata hampir mengalir.

Sakit.

Mata beriris coklat itu memandang sekeliling. Mereka dikurung di dalam bangunan yang sama seperti sel penjara. Tempat ini gelap dan hanya ditemani beberapa lampu sahaja. Macam tempat bawah tanah pun ya. Di hujung sana ada pintu keluar dan nampak bercahaya. Namun mereka dihalangi dengan sel besi.

Ada dua-tiga orang lanun yang mengawasi tindak tanduk mereka.

Alana ketap bibir saat tubuhnya terasa sangat lemah. Diusap perut yang berkeroncong hebat itu. Rasa boleh mati kelaparan jika dia tidak makan sekarang.

Alana pandang bungkusan makanan.

Alana lapar namun dia takut jika dalam makanan tersebut ada bahan-bahan yang tidak selamat.

"Makanlah!" Kepala Alana ditunjal dengan senapang sehingga tebusan yang lain turut terkejut. Ditundukkan kepala, tidak berani mahu melawan.

"Jangan risau, dik... Makanan yang mereka beri pada kita memang selamat." Alana memandang seorang wanita yang berada tidak jauh darinya. Macam kenal, tetapi Alana tidak dapat tangkap siapa wanita tersebut.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now