20 : F/A-18 Hornet

1.2K 79 11
                                    

"MAY?" Alana menoleh ke belakang, memandang gerangan yang memanggilnya sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MAY?" Alana menoleh ke belakang, memandang gerangan yang memanggilnya sebentar tadi. Keadaan di sekitarnya berkabus dan membuatkan pandangannya mempunyai had. Alana dapat lihat bayangan seseorang mendekatinya dan dari cara jalan insan itu, Alana seolah-olah dapat meneka siapa gerangannya.

Mana mungkin Alana lupa siapa insan tersebut. Tidak pernah sekalipun dia terpadam dari ingatan Alana. Dada Alana berombak menahan sebak, mata pula sudah bergelinang dengan mutiara jernih. Wajah Alana berkerut menahan hiba.

Tidak mungkin.

Ya tidak mungkin! Mana mungkin insan yang di hadapannya itu benar-benar wujud di hadapannya taktala ini. Alana geleng kepala perlahan-lahan.

"Ayah?" Suara Alana pecah, getaran pada suara menunjukkan bahawa rapuhnya wanita itu ketika ini. Kaki perlahan-lahan mengatur langkah mendekati si bapa yang sudah lama meninggalkannya itu.

"Hai! Hai, May!" sapa si bapa dengan penuh keterujaan. Kepala ke kiri dan ke kanan, tangan pula tidak boleh duduk diam, mata si bapa hanya menekur ke lantai.

"Ayah buat apa dekat sini? Bukan ayah tinggalkan May ke? Kenapa tiba-tiba baru nak muncul?" Naik seoktaf suara Alana. Encik Areez sudah tidak senang apabila dimarahi Alana sebegitu rupa.

Encik Areez mencebik sedih, digeleng-gelengkan kepala sambil tangan cuba mengapai tangan Alana.

"Tak payah peganglah! Kenapa ayah datang balik lepas bertahun-tahun? Kenapa?! May benci ayah! May benci!" Alana memukul tubuh Encik Areez berkali-kali.

"Sakit! Sakit! Tak naklah! Jangan pukul ayah lagi dah May, sakit..." Mendayu-dayu tangisan Encik Areez kedengaran di koklea telinga Alana.

"Ayah tinggalkan May... Ayah tinggalkan May dengan ibu! Ibu dah lah tak sayang May dan ayah tinggalkan May! Ayah jahat! May benci Ayah!" Alana sambung memukul dada Encik Areez sehinggalah dia perlahan-lahan rebah di dalam dakapan hangat seorang ayah. Encik Areez memeluk erat tubuh anak sulungnya itu. Seerat yang mungkin sambil membelai rambut panjang itu dengan penuh kasih-sayang.

"A– ayah minta maaf, May. Ayah minta maaf..." Kedua-dua anak beranak itu meratapi nasib masing-masing.

"May tak akan maafkan ayah."

GIBRAN menahan tangisan yang sememangnya sudah berjurai itu. Alana yang sedang terlantar di atas katil itu ditatap dengan penuh sebak. Tangan cekap mengubati luka dan calar-balar di permukaan kulit mulus itu.

Bebas sahaja dari balai polis, mereka terus pulang ke rumah kerana Alana berdegil tidak mahu ke klinik untuk rawatan. Lagipun ada Rayfa sebagai doktor katanya. Jadi dia hanya mahu pulang dan tidur kerana dia sudah keletihan. Jadi yang lain hanya turutkan sahaja walaupun Puan Qismah separuh mati merayu agar Alana pergi ke klinik.

Mereka berhenti memaksa Alana kerana jelas terpancar di riak wajah Alana yang wanita itu perlukan masa bersendirian sebenarnya.

Dan tadi, Gibran menceroboh masuk ke dalam bilik untuk merawat Alana. Kotak kecemasan yang diberikan oleh Aariz itu tadi sudah terletak kemas di atas meja tepi katil. Ubat gamat disapu perlahan-lahan kerana takut buah hatinya merana kesakitan. Wajah letih Alana dipandang sayu.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now