06 : officially his

1.1K 72 36
                                    

TERMENUNG sehingga soalan daripada ibu sendiri pun Alana tidak dengar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERMENUNG sehingga soalan daripada ibu sendiri pun Alana tidak dengar. Puan Maryam menepuk perlahan peha Alana yang sedang duduk bersimpuh itu. Bahu Alana terhinjut lalu kepala ditoleh ke arah kiri, di mana ibunya berada.

"Jangan nervous nervous, buat biasa aje tau?" Alana menghadiahkan senyuman hambar. Tangan menguatkan lagi genggaman yang sedang mengenggam bunga itu. Mata terkebil lemah, roh dan jasadnya seakan sudah lama terpisah.

Alana pening. Rasa mahu pitam. Rasa mahu mati saat ini juga!

Ketika ini, Alana sedang berada di dalam masjid berdekatan rumah keluarga Tuan Ghaffur. Sedang duduk, menunggu saat dia menjadi isteri yang sah kepada Gibran Qayser.

Tiba-tiba sahaja otak Alana melayang sehingga ke memori di mana dia dan Puan Qismah sedang bersembang seminggu yang lepas.

"Saya setuju terima tawaran puan." Dengan sekali lafaz sahaja. Puan Qismah tersenyum gembira. Tidak lekang bibir wanita yang bergelar ibu itu mengucap kata syukur terhadap Illahi. Bahagianya Puan Qismah saat Alana terima untuk menjadi menantu perempuannya.

"Alhamdulillah, terima kasih ya, Alana. Aunty bersyukur sangat! Aunty happy!" Puan Qismah mengenggam kedua belah tangan Alana lalu menggoyang-goyangkan tangan wanita muda tersebut.

"Tapi dengan syarat, kita kena buat kontrak dan saya ada hak untuk saman puan macam yang puan sendiri pernah katakan... Boleh?" Puan Qismah mengangguk tanpa fikir apa-apa lagi.

"Dan saya ada beberapa soalan nak tanya dekat puan. Tolong jangan tipu saya ya?" Puan Qismah mengangguk laju.

"Boleh kita bincang berapa dan bagaimana cara aunty untuk uruskan hal kewangan keluarga saya?" Puan Qismah mengangguk bersetuju lalu mereka berdua memulakan perbincangan. Puan Qismah menerangkan segala yang disoal oleh Alana. Tidak jemu dia melayan setiap soalan anak muda itu dan bersungguh-sungguh mahu yakinkan bahawa dia tidak akan mengkhianati wanita muda yang bakal bergelar menantu tunggalnya itu.

"Saya ada soalan lain pula. Bukan hal duit lagi." Alana takut-takut ingin menyoal. Namun dia harus! Dia perlu menyoal Puan Qismah agar hatinya tenang.

"Gibran... Dia reti hormat orang kan? Dia bukan jenis memaksa kan?" Puan Qismah hanya senyum sebelum membalas.

"Jangan risau tentang hal itu, Alana. Gibran cintakan Alana sangat-sangat, jadi percayalah cakap aunty yang Gibran tak akan sakitkan awak dan dia akan hormat segala permintaan Alana," balas Puan Qismah.

"Gibran cuma sakit, bukannya gila." Alana hanya tersenyum hambar. Entahlah, bagi dia tak ada beza pun.

"Macam mana kalau saya..." Alana teragak-agak mahu melontarkan soalan ini namun Alana masih mahu mencuba.

"Kalau saya merana hidup dengan Gibran? Kalau saya tak bahagia dan mahu cari kebahagiaan saya semula, masa itu, keluarga Puan Qismah akan izinkan saya pergi atau..." Belum sempat ayat Alana tamat, Puan Qismah terlebih dahulu mencantas

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now