37 : two bestfriends, one survived.

1.1K 70 3
                                    

DISCLAIMER : Semuanya hanya fiction semata-mata dan banyak maklumat yang tidak tepat dan digubah mengikut kemahuan penulis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DISCLAIMER : Semuanya hanya fiction semata-mata dan banyak maklumat yang tidak tepat dan digubah mengikut kemahuan penulis. Chapter yang sangat-sangat tidak bertauliah. Maaf jika chapter ini tidak memuaskan dan tidak logik.

•••

FIVE YEARS AGO.

Cruise Terminal, Pulau Indah,
42009 Port Klang, Selangor Darul Ehsan.

"READY?" Kepala dianggukkan sambil tangan memberi isyarat bahawa dia sudah bersedia. Alana Maylea, wartawan berita dari stesyen televisyen utama menghiasi wajah dengan senyuman manisnya.

Alana masih tidak sangka, di umur dua puluh tahun, dia sudah diberikan rezeki sebesar ini walaupun dia tiada rezeki untuk sambung belajar seperti rakan sebaya yang lain. Allah Maha Adil. Rasa semangat dalam diri membuak-buak.

Di sudut lain pula, Gibran dan Emyr hanya melayan mulut murai Eryna. Gembira sehingga tidak boleh tutup mulut, ada sahaja yang gadis itu mahu katakan. Gibran geleng kepala sambil menahan senyum. Sebagai anak tunggal berjaya, hatinya senang melihat sahabatnya bergaduh dengan adik sendiri. Dia membesar tanpa teman dan cuma ada mummy dan daddy sebagai peneman hidup. Jadi Gibran gembira dapat menjadi abang kedua kepada Eryna.

"Abang... Please! Adik tahulah abang dah gajikan? Abang tengah banyak duitkan sekarang! Jangan tipu adiklah abang! Kesianlah dekat adik, ini first time adik dapat keluar dengan kawan-kawan. Adik teringin nak belanje lebih," rayu Eryna dengan wajah kasihannya. Dia tahu abangnya itu baru gaji dan dapat bonus. Emyr pula cuma ada dia sahaja kan? Apa salahnya manjakan adik sendiri dengan duitmu itu wahai abang tersayang.

"Sejak bila kau pandai meminta ni Eryna? Kita bukan orang senang, jangan nak berlagak macam kau anak Tan Sri entah mana-mana eh! Ini kaulah ni Qay! Manjakan dia dengan duit sampai otak tu dah set kata diri tu senang," bebel Emyr sambil berjalan meninggalkan Eryna dan Gibran.

Eryna mencebik sedih. Apa salahnya kali ini sahaja dia mahu jadi orang senang. Selama ini pun dia mana ada meminta-minta macam orang tak tahu malu. Abang Qay yang selalu manjakan dia! Eryna terima sahaja dengan hati yang terbuka.

Gibran tak sampai hati pula melihat wajah sayu adiknya itu. Memang betul pun mereka baru dapat gaji sebenarnya.

Gibran keluarkan dompet dari poket seluar lalu dikeluarkan beberapa kepingan ringgit Malaysia lalu diselitkan ke tangan Eryna. Gadis muda itu terkejut bukan main sehingga ternganga luas mulutnya. Gibran ketawa perlahan.

Eryna tergamam, dia tidak tahu berapa yang Gibran bagi tetapi apa yang dia tahu kepingan duit tadi sangat tebal! Tebal sehingga Eryna rasa bersalah pula.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now