45 : nobody ever called me Lea.

1K 65 5
                                    

BONET kereta ditutup rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BONET kereta ditutup rapat. Alana menunggu Maiya pusing menghadapnya. Maiya tersengih lalu ditarik Alana masuk ke dalam pelukan. Puan Maryam menunggu di tepi.

"Kau gerak Temerloh lusakan?" Alana angguk kepala.

"Hati-hati ya? Jaga diri, jangan nak sibuk bercinta dengan jantan." Alana cebik bibir. Janganlah marah, dia tak teringin pun nak bercinta.

"Kau pesan macamlah aku budak sekolah lagi." Alana menolak bahu Maiya perlahan. Manja kononnya.

"Tak kisahlah budak sekolah ke, budak uni ke... Mak orang sekalipun boleh jadi mangsa jantan entah apa-apa tau sekarang. Kes jenayah melibatkan wanita pun naik mendadak dekat negara kita. Jadi apa-apa terus call aku, call Asfa ke... Jangan nak tunjuk berani sangat ya May." Garang intonasi Maiya seakan-akan kakak sulung yang sedang menasihati.

"Ya, Insya-Allah. Doakan aku sama ya?" Maiya angguk kepala sambil menghadiahkan senyuman manisnya.

"Bye ibu, lagi dua minggu May balik," kata Alana sambil memeluk erat tubuh pendek ibunya.

"Jaga diri. Apa-apa call kami terus. Ingat jangan pergi tempat bahaya sorang-sorang."

"Baik ibu!"

===

ALISA dan Alana berkongsi bilik hostel yang sama. Nampak sangat mereka berdua memang tidak boleh dipisahkan. Alisa dan Alana kedua-duanya baru sahaja menamatkan pengajian diploma mereka. Kedua-duanya mengambil Diploma in Architecture dan sedang menunggu kemasukan degree pula. 

Namun Alisa dan Alana mempunyai jarak umur yang jauh.

Oleh kerana Alana mempunyai masalah peribadi yang menyebabkan wanita itu baru mempunyai rezeki untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

"Esok kita kena bangun pagi buta en?" Alana anggukkan kepala.

"Esok kalau I tak bangun you kejut I tau," minta Alisa yang sudah terbaring di atas katil itu. Dia harus tidur awal. Dia sudahlah tidak gemar bangun awal pagi dalam keadaan mengantuk yang amat.

"Kalau I mengigau tolong kejut macam biasa ya?" Alisa mengangguk faham.

"Good night baby!" ucap Alisa. Alana tersenyumlalu membalas, "Good night babe."

•••

TERJAGA sahaja dari lenanya, Alisa terus terpandang Alana yang sedang duduk bersila di atas katil sambil merenung ke arah bulan di luar jendela. Terkejut juga pada awalnya namun Alisa berlagak biasa semula.

"Kenapa tak kejut I, Lana?" soal Alisa sambil tenyeh mata yang masih berat itu. Pejam celio matanya akibat masih mamai.

"Awal lagi, you sambunglah tidur. Nanti i kejut." Alana tersenyum singkat. Alisa mengangguk. Baru sahaja mahu lelapkan mata semula, Alisa terdengar esakan kecil Alana. Sangat perlahan dan halus namun telinga sensitifnya masih dapat menangkap bunyi yang memilukan hati itu. Dengan berbekalkan cahaya rembulan, Alisa dapat lihat tubir mata sahabatnya itu berair.

[COMPLETED] TERLUKIS INDAH.Where stories live. Discover now