BAB 7 ~ Rindu...

1.1K 79 65
                                    

1 minggu kemudian

Omg!!! Betapa aku rinduuuuuu nak pergi sekolah. Tipulah tak rindu. Duk kat Itali pun bukan wat apa. Boring. Baik aku gi sekolah, belajar, jumpa member. Tak ke gitu kan korang?

Ke korang kalau cuti lama lama, tapi tak rindu ke sekolah???

Macam biasalah, aku akan bertugas dekat pagar. Aku menoleh ke arah jam tangan aku yang telah menunjukkan pukul 7:15.

Yang membuatkan aku terkejut sampai tak berkelip mata aku, Ayden datang awal ke sekolah Mat...

Aku menonyoh mata aku. Seakan-akan tak percaya...ke aku salah tengok...?

Selesai sahaja Ayden menaiki tangga, dia memandang ke arah aku dan...dia menangis?

Aku dah mula gelabah. Dah bakpe pulak dia ni.

"Weh kau ni dah kenapa? Menangis tetiba?" Aku bertanya

Ayden menangis dan dia berlari ke arah aku. Seperti...nak peluk aku??????!!!! Belum sempat dia nak memeluk aku, cepat cepat aku elak. Alamatnya, kepala ayden terhantuk dekat tiang besi pagar.

Pergh sakit tu mat....salah aku ke? Eh bukan salah aku kan? Salah tiang tu lah. Awat duk situ duh.

Ayden menggosok dahinya yang terhantuk. Tapi tulah, kehenseman muka dia tak tergugat pun.

"Kau ni dah asal Ayden? Tengok aku pastu nangis. Pastu nak peluk aku pula?"

"Aku...hiks...rindu kauuuuu....sampai hati kau tak bagitahu aku kau tak datang sekolah 1 minggu....hiks....kau JAHAAAAT..." Ayden meluahkan isi hatinya sambil menangis

Allahuakbar...harap je badan besar cam tiang tapi perangai bebudak. Eh sat...dia kata dia rindu aku? Dia? Rindu? Aku? Huh?

"Tu dah bakpe pulak tu"

Aku menoleh ke arah kiri dan kelihatan tiga orang lelaki berjalan ke arah kami. Alif, Thaqif dan Zayn. Diorang ni geng geng atau senang cerita orang kuat Ayden.

"Ni ha 'abang long' korang ni. Nangis sebab...." Aku membantutkan ayat aku. Malu nak sambung

"Sebab rindu kau an?" Zayn menyambung ayat aku. Aku perasan yang Zayn menjungkitkan keningnya sambil tersenyum sinis.

"Kau tahu tak, sepanjang seminggu kau takde, seharian and setiap masa dia Badmood. Yang kenanya kitorang. Nasib dia tak belasah sesiapa" kata Alif.

Aku mengangkat sebelah kening aku. What? Aku tak datang sekolah pun dia nak Badmood? Kalau aku datang sekolah, dia tulah yang selalu meng'badmood'kan aku.

"Budak budak junior yang selalu kurang ajar Ngan sek sek pengawas, semua kena hentam Ngan dia"

Membuntang mata aku. Dia belasah budak junior?????? Aku memandang ke arah Ayden yang sedang mengesat air mata.

"Kau belasah budak, Ayden??????" Aku ingin kepastian.

"Ala...aku tak belasah teruk pun...aku marah je...kang tak pasal-pasal kena buang sekolah, tak dapat nak jumpa kau...tak dapat nak usha kau....tak dapat nak dengar kau bebel...." Ayden mencebik mulut

Aku menepuk dahi aku. Astaghfirullahalazim budak ni....

"And Kau tau tak, dia punya tahap rindu, siap berangan tepi tingkap dan speaking arab sobat. Zhaff bagitau aku" Thaqif menyampuk

__________________________________________

Waktu Lyanna tak datang sekolah

Dalam kelas Ayden

Ayden duduk di tepi tingkap dan mengeluh. Kelas Ayden berhadapan dengan kelas Lyanna. Ayden duduk di tepi tingkap dan sama juga dengan Lyanna.

Boleh katakan, Ayden selalu jenguk jenguk tengok Lyanna. Kadang tersenyum sorang bila tengah usha Lyanna. Astaghfirullah brother...

Tapi berbeza tika Lyanna tak hadir ke sekolah. Ayden asyik termenung sorang dan mengeluh.

Ayden menongkat dagu dan melihat ke arah kelas Lyanna dan curi curi tengok tempat duduk Lyanna yang kosong.

Rindu...

اشتقتلك كتير.... (....I miss you)
(Ishtaqtilik katiir)

انتى دائما في بالي.... (You always in my mind)
(Anti daaimaa fii baalii)

قلبي مشتاق اليك.....(hatiku rindu padamu)
(Qalbii mushtaaqun ilaika)

Ayden mengeluh lagi.

"Yow bro, aku tengok kau ni, asyik ngeluh je. Apa kes?"

Tegur Zhafran. Dia bukan apa, risau kot kot BFF dia ni sakit. Ha korang mesti pelik kan nape KP (ketua pengawas) kawan Ngan badboy? Biasanya diorang bermusuh. Tapi tulah 'uniknya' (tak kot...) Cite ni.

"Takde lah...aku rindu..."

Ayden masih tak lepaskan pandangan dari tempat duduk Lyanna. Ayden sebenarnya tak tahu kenapa dia boleh terjatuh hati pada gadis itu.

Nak cakap dari segi penampilan, memang cantik tapi biasa biasa je kalau nak bandingkan dengan perempuan lain. Elok je menutup aurat nampak sopan walaupun kuat bebel macam mak mak orang.

Nak cakap dari segi kepintaran, Lyanna selalu dapat tempat top 10 lam tingkatan walhal Ayden top 5. Tapi kiranya bijak lah juga kan.

So the conclusion is....Ayden tak tahu kenapa hatinya telah dijajah oleh gadis yang bernama Nur Qaseh Lyanna itu.

"Ceeeeeeeh rindu ke Lyanna Ker" Zhafran menepuk lembut bahu Ayden.

Membahang muka Ayden. Merah padam. Malu....

__________________________________________

Allahuakbar...malunya aku.... Astaghfirullahalazim...

Aku cuba berfikir positif... Mungkin Thaqif gurau je kot...kan....








To be continue....

Minna saaaaan (koraaaaaaaang)
Jgn lupa follow IG mrs_lillatte tau 🥺
Sayang korang❤️

Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now