"bukan kau binti Raja Hussein ke?"
Mendengar sahaja nama yang diungkapkan oleh Ayden, langkah aku terhenti seketika.
Raja Hussein. Orang yang paling aku benci. Gara gara dia, hidup aku merana. Gara gara dia, tubuh aku dipenuhi dengan hasil 'seni'nya. Gara gara dia...aku...berbeza...
"JANGAN. KAU. SEBUT. NAMA. TU"
Aku merenung tajam ke arah Ayden. Aku allergic dengan nama tu. Aku benci. Manusia tu takde beza dengan syaitan.
Sepatah sepatah aku menjawab. Dia tak perlu tahu tentang hidup aku. Dia tak perlu tahu pasal kisah silam aku. Aku tak nak orang tahu sejarah kehidupan aku. Aku takut....
Ayden hanya membisu. Dia mengeluh kecil.
"I hope one day... u'll tell me ur story. Aku bukan apa. Aku tahu, kau pendam something dan kau biarkan perkara tu menghantui kau... membebankan kau. Aku gi dulu. Assalamualaikum"
Ayden memberi isyarat kepada pemandunya. Lama kelamaan, kereta Ayden menghilang dari pandangan aku.
"Waalaikumussalam" aku menjawab salam Ayden.
"My dear Lily, Kenapa tak masuk lagi?"
Kedengaran suara garau disebelah telinga kanan aku. Aku menoleh dan tersenyum.
"Reyz!" Aku memeluk reyz.
Reyz ketawa kecil dan mengusap kepala aku.
"Umi dan Walid ada kat rumah tak?" Tanya aku
Reyz menggeleng
"Walid dan umi balik lambat Harini"
Aku mengeluh kecil.
"Dah dah. Jom masuk. Ni dah solat ke belum?" Reyz mencuit hidung aku
Aku menggeleng. Astaghfirullahalazim. Aku baru sedar aku belum solat. Korang jangan ikut perangai aku tau. Solat tu penting. Allah tak suka orang yang melambatkan solat.
Apa perasaan korang kalau korang kena jumpa kawan korang sebab ada kerja penting or nak pergi lepak tapi dia datang lambat and sidai korang lama lama?
Samalah macam solat. Jangan sesekali melambatkan waktu solat. Tinggalkan segala jenis kerja. Tak lama pun solat. Paling tak pun 5 minit. Kalau baca Wattpad pun boleh berjam jam. Takkan solat 5 minit tak boleh kan?
"Astaghfirullahalazim budak ni. Dah pergi masuk, mandi dan solat"
Reyz menjentik dahi aku dengan lembut. Aku mengangguk perlahan dan cepat cepat masuk ke dalam rumah.
__________________________________________12 tengah malam
Aku sedang membaca novel Owarinashi hasil nukilan Hyun Yunzz di atas sofa kecil yang terletak bersebelahan tingkap
Bilik aku tak lah besar mana dan tak lah kecil mana. Katil bujang. Maklumlah orang bujang. Kang kalau pakai katil Queen, tak pasal pasal ada yang 'teman' tidur kat sebelah. Kalau manusia tahan lagi. Kot kot yang teman tu mr/Mrs candy camne? Ada aircond dan yang paling aku suka, ada mini library dalam bilik aku.
Elok je aku tengah khusyuk baca, tiba tiba..
"Kenapa tak tidur lagi hurmm"
Reyz berbisik dekat telinga aku. Bau mint menusuk deria bau aku. Aku tersentap seketika.
"Tak leh tidur lah reyz..."
Reyz melabuhkan punggung di sebelah aku dan merebahkan kepala di atas peha aku.
"Amboi diaaaa. Selamba badak je ek"
Aku mencubit lembut hidung reyz. Dia kalau sehari tak manja, memang tak sah.
"Hehehe...alah, saje nak teman. Takkan tak leh kot hurmm"
"Hek eleh. Nanti dia tidur gak. Takde maknanya nak teman kiter ni" aku buat buat merajuk
"Alololooo, my dear lily merajuk ker hurmm"
Reyz mengusap pipi aku dengan lembut. Aku rasa bahagia sangat bila bersama dengan Reyz. Walaupun Reyz sebenarnya...
To be continue...
YOU ARE READING
Bidadari Miliknya
RomanceNur Qaseh Lyanna, siapa sangka, gadis yang tampak ceria ni, mempunyai memori gelap yang telah mengubah dirinya 360°. dia...tidak normal... Tengku Ayden Hamka jejaka badboy di sekolah. suka cari pasal dengan Lyanna. menyimpan perasaan dalam diam. di...