Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
Stress nya ya Allah. Asyik terperap je dalam rumah. Silap haribulan, boleh jadi jeruk aku ni. Ayden tu lah, tak ada angin tak ada ribut, dia halang aku keluar rumah. Kalau nak keluar rumah sekalipun, kena ada dia sekali.
Masalahnya, suami aku tu 24 jam sibuk. Aku tak nak lah menyusahkan dia.
Pandangan dilepaskan ke luar jendela. Indahnya ciptaan Allah. Hamparan langit diindahkan dengan warna jingga. Imaginasi aku mula bermain dengan kepulan awan.
Ada yang berbentuk kucing, rama rama dan pelbagai lagi. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dingin tapi tidak aku endahkan.
Mentari kian menghilang. Ingin bertukar syif dengan purnama pula. Jam menunjukkan hampir pukul 7. Masjid yang terletak di seberang rumah aku mula sesak dengan manusia untuk menunaikan rukun Islam yang kedua.
Ting!
Notifikasi mesej daripada Sarah.
Makcik pot pet
: Weh, lepas isya' , jom lah lepak kat rumah akuYou
: Tak boleh tho. Ayden tak kasi aku keluar rumah.Makcik pot pet
: Alah, sekejap je…pls.."Aku rasa tak sedap hati" bisik Yana.
Ya. Sejak kebelakangan, aku kerap mendapat firasat yang kurang enak. Tambahan pula, Ayden sempat berpesan supaya sentiasa berwaspada.
"Stay at home. Jangan pergi" arah Yana
You
: Sorry tho..tapi aku kena dgr kata suami akuMakcik pot pet
: Typing…5 minit sudah berlalu. Lama pula Sarah ni menaip. Buat karangan memujuk aku ke apa budak ni.
Makcik pot pet
: Please..aku..: Kau dtg jelah..aku x kira..pls tho..
: Pastikan kau dtg sorang. Lagipun aku nak borak hal penting.
Sorang? Tapi..
Haih…
You
: Fine…Macam mana aku nak pujuk Ayden ni. Stres lah gini. Macam mana ni Yana!!! Tolong aku.
"Aku dah kata jangan pergi tapi kau degil. Pandai pandai kau lah. Aku tak nak masuk campur"
Ish! Tak membantu langsung.
Ting!
Notifikasi mesej daripada Ayden.
My habibi
: Angel, sorry but abang balik lewat Harini. Angel duk rumah lek lok tau.You
: Yokey bossYes! Alhamdulillah! Dapatlah aku dating dengan Sarah!
__________________________________
"Weh Sarah, kau kat mana? Lama aku tunggu kat taman ni. Dah lah aku sorang. Tadi suruh aku pergi rumah kau. Pastu suruh jumpa kat taman. Kau ok dok ni"
Berbuih aku membebel melalui telefon. Mana taknya. Dah lah malam. Sorang sorang pula tu kat taman. Seram den.
"Lyn..aku minta maaf…aku terpaksa.."
"Ha? Kau dah bakpe nanges ni? Ok tak? Terpaksa apa?"
Tak lama selepas itu, aku merasakan satu hentakan yang kuat di kepala. Tubuh aku rebah menyembah bumi. Penglihatan aku menjadi samar dan akhirnya gelap gelita.
YOU ARE READING
Bidadari Miliknya
RomanceNur Qaseh Lyanna, siapa sangka, gadis yang tampak ceria ni, mempunyai memori gelap yang telah mengubah dirinya 360°. dia...tidak normal... Tengku Ayden Hamka jejaka badboy di sekolah. suka cari pasal dengan Lyanna. menyimpan perasaan dalam diam. di...