BAB 20 ~ Kena kejar

792 59 19
                                    

Bismillahirrahmanirrahim....


Aku ni famous sangat ke sampaikan setiap hari, mesti ada je tajuk gossip tentang aku. Nak kata aku ni selebriti, memang tak lah. Haritu viral kes dengan jantan tak guna tu. Lepastu, alkisah jadi “future wife” Ayden. 

Ye tak ye…senyap semacam je si Wadi tu. Tak nampak pun (memang tak nak pun!) dia kat sekolah.

KRING!

Aku dan Sarah melangkah keluar dari kelas dan mengorak langkah menuju ke kantin. Belum sempat kaki ingin jejak anak tangga, aku disapa oleh the Queen of Bawang. Haih..benci aku nak pandang muka bawang dia tu.

“wah wah, berani ek kau nak datang sekolah lagi? Biasanya, lepas jadi the center of attention, orang akan malu nak keluar rumah. But kau, dengan tak tahu malunya, menyemak ruang kat sekolah ni”

Aku ni dah lama tak siang ayam. Jangan sampai aku siang minah Dania ni kang. Nasib tak ada pisau sekarang ni.

“weh sarah, kau bau tak?” 

Aku menoleh kearah Sarah sambil menutup batang hidung yang kemek ni. Sarah memahami mesej yang tersirat lalu tersenyum sinis.

“ye tho. Bau mulut orang yang membawang. Nak termuntah aku”

Merah padam muka Dania. Oops. Terasa ke sis~

“hoi betina! Kau jangan nak kuang ajar! Kau kena ingat, sekali kau cabar aku, aku akan pastikan hidup kau kat sekolah ni tak tenang!”

Aku hanya ketawa. Kelakar. Ada aku kesah? Setakat kena maki, kena cemuh, kena pulau, tak heran lah. Aku pernah hadap 10 kali ganda lagi teruk dari semua tu. 

Tubuh kecil Dania ditolak ke dinding lalu aku mendekatkan bibir ditelinganya yang dilitupi tudung sekolah. Dengan nada yang berbisik, aku bersuara.

“I don’t care. Kau kena Ingat, bila kau sebar aib or fitnah tentang aku, berbukit bukit malah bergunung pahala masuk. Aku yang untung. Kau? Dosa yang mendapat.”

Aku mengudur beberapa langkah. Senyuman sinis terkoyak dibibir.

“kau tak payah nak tegur dosa pahala kalau kau sendiri pun perangai macam setan!” marah Dania.

“habistu? Kau tu malaikat ke? Cermin diri tu sikit. Kau pun tak de beza dengan setan. Setan tu pun, kena laknat oleh Allah sebab dia tak nak tunduk kat nabi Adam. Padahal dialah yang paling alim dalam kalangan malaikat. Hanya sebab tak tunduk sahaja. But kau? Dengan bangganya, tak menutup aurat, bercouple, sentuh yang bukan mahram, and memfitnah. Kau tak takut tuhan ek? So right now, kau lagi teruk dari setan” bidas aku

Tangan Dania diayunkan ke pipi aku. Pedih? Tak. Aku dah kebal. Setakat kena tampar jer.

“kenapa? Pedas ke? Lagi pedas dari sos gochujang kan” kataku dengan sinis

“kau tak payah nak cakap lebih. Macam lah aku tak tahu yang kau goda si Ayden macam kau buat dekat Wadi.” Tuduh Dania

Aku beristighfar di dalam hati. Ya Allah...kalau nak diikutkan bisikan syaitan, nak je aku cekik minah ni. 

“kenapa diam? Ke memang betul? kau tu acah je baik kat luar tapi perangai jijik! Entah entah perangai kau macam tu sebab kau tu nak haram! Diturunkan perangai tu dari mak ayah kau”

Tanpa sedar, tangan aku menghambar leher Dania lalu dicekik dengan kuat. Muka Dania hampir pucat namun aku tidak menghiraukan malah menguatkan lagi tekanan di lehernya.

“listen, kesabaran aku ada limit. Aku tak kesah kau nak conteng aku dengan arang or whatever but don’t you ever mention about my biological parents. Kau tak kenal siapa aku. So, watch your smelly mouth, witch! And I AM NOT AN ILLEGIMATE CHILD”

Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now