BAB 36 ~ maafkan saya, Ayden..

273 24 15
                                    

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....





"Assalamualaikum umi.. Assalamualaikum Walid..maaf Lyn lama tak jenguk.."

Hendak menangis namun tiada setitik pun air mata yang mengalir keluar. Penat. Hati aku bagaikan ingin meraung meminta tolong.

"Lyn ni memang bawa bala kan..? Lyn tahu, sebelum Lyn lahir, mummy..daddy..dan abang Reyz hidup bahagia.. tapi lepas je Lyn lahir, everything changed. Daddy selalu pukul mummy dan abang..daddy dah tak sayang mummy..daddy Kahwin lain sebab mummy hilang seri lepas lahirkan Lyn.."

Sementara lisan aku masih meluahkan isi hati, aku mengutip dedaun kering yang berada di kubur umi serta Walid. Setelah itu, rumput rumput kecil yang turut berada di situ, dicabut oleh aku.

"Mummy meninggal sebab nak lindungi Lyn..abang Reyz pun.. sepatutnya Lyn pun join diorang tapi, umi dan Walid sempat sampai dan tolong Lyn waktu tu. Setiap malam, Lyn akan salahkan diri Lyn."

Tiupan angin menampar lembut pipi. Entah mengapa, rasanya seperti di elus lembut oleh seseorang.

"Umi selalu pujuk Lyn dan tidur dengan Lyn for a few years after that accident happened. Walid pula, selalu bawa Lyn pergi jumpa doktor pakar untuk rawat sakit mental Lyn. Walaupun umi dan Walid ni sebenarnya mak dan ayah sedara Lyn, but for me, you guys are my parents"

Aku terjeda seketika. Hilang kata kata untuk diungkapkan. Aku rindu dipujuk dan dipeluk oleh mereka. Aku rindu kata kata semangat daripada mereka.

Dipandang cincin emas yang terselit indah di jari manis aku. Ayden. Pangeran kiriman tuhan. Rasa kasih dan sayang aku terhadap insan yang bergelar suami itu setanding dengan nyawa aku sendiri.

Tidak.

Dia adalah nyawa aku.

"If you love him..leave him.."

Aku mengangkat kepala dan melihat ke hadapan. Yana. Wajah nya sayu memandang kubur milik umi dan Walid.

"Tolong lah Lyn. Kau tak penat ke rasa sakitnya kehilangan berulang kali? Kau tak rasa penat ke bila kau rasa nyaman dengan seseorang, mesti diorang akan tinggalkan kau?" Marah Yana.

Kepala ditundukkan memandang pusara arwah umi dan Walid. Ya Allah, adakah hambamu ini tidak layak untuk merasai kenikmatan kasih sayang?

Adakah ini pembalasan aku? Pembalasan atas dosa yang telah aku lakukan pada masa lampau?

"Tiba masa untuk kau hadap masalah kau alone! Jangan mengharapkan bantuan orang. Sampai bila kau nak jadi penakut? Aku ada Lyn! Aku boleh tolong kau! Kau yang degil! Please lah Lyn.." air mata yang gugur lalu jatuh di atas tanah kubur milik arwah umi.

Aku hanya mendiamkan diri. Kelu untuk berbicara. Pandangan aku hampir kabur dek kerana air mata memenuhi kantung mata.

"Kau tu aku. Apa yang kau rasa, aku pun rasa. Kau sakit, aku pun sakit. Sebab tu aku wujud, Lyn. Aku nak tolong kau."



_________________________________



Knock
Knock
Knock

"Siapa tu?" Soal Ayden

Tarik nafas. Lepas. Tenang Lyanna. You can do this.

Pintu dibuka dengan perlahan. Aku melangkah masuk bilik tidur kami. Ayden meletakkan telefon bimbitnya ke tepi dan memandang aku.

"Abang tak tidur lagi?"

Ayden menggelengkan kepala. Ditarik lembut lengan aku. Tubuh aku dibawa masuk dalam dakapan hangatnya. Nyaman. Aku membalas pelukan.

Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now