BAB 30 ~ Adam nak kahwin dua?

759 40 53
                                    

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim




Bunyi deringan jam loceng membingitkan telinga. Tangan aku mencari keberadaan jam dengan mata yang masih tertutup rapi.

Aku bangkit dari posisi baring seterusnya menggeliat sedikit. Pening. Sakit kepala. Senggugut. Cobaan buat kaum hawa. Perempuan tulen.

Bau masakan mama menusuk hidung aku.

Nasi arab. Gulai kambing.

Perut aku mula berkeroncong dengan gembira. Makanan favorite aku tu! Elok je tadi mamai, terus segar mata.

Aku apa lagi, terjun dari katil. Dengan sepantas kilat, aku menyambar tuala dan melangkah ke arah kamar mandi. Elok je aku nak pegang tombol, pintu itu terbuka dengan sendiri.

Ayden. Suami aku.

"Baru bangun hmm?"

Ayden ketawa kecil dan mengusap kepala aku. Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun kami mendirikan mahligai bersama, aku rasa bahagia dan disiram dengan penuh kasih sayang.

Allah ambil mummy dan abang.

Allah ganti dengan hadirkan umi dan Walid

Allah ambil umi dan Walid

Allah ganti dengan hadirkan Ayden.

Mama dan papa Ayden baik orangnya dan menerima aku seadanya.

"Abang tak pergi kerja lagi ke?" Soal aku

"Abang cuti hari ni. Nak teman angel. Tak sampai hati tengok angel kena period pain. Kalau apa apa jadi macam mana?"

Auuuw, caringnya suami kita ni!

"Saya ok jelah abang. Mama kan ada"

"Tak nak. Abang nak stay dengan angel. Please hmm.."

Dia mula dah buat muka kesian. Kita nya jenis mudah cair. Hadeh.

"Ye la ye lah. Dah shooh shooh, saya nak mandi"

Aku menarik Ayden keluar dari bilik air. Baru sahaja aku ingin melangkah masuk, Ayden memeluk aku dari belakang.

"Ana uhibbuki fillah, bidadari abang"

Bibir Ayden mengucup pipi aku. Apa lagi, berbunga bungalah taman hati aku ni. Aku memusingkan tubuh dan membalas pelukannya.

"Ana uhibbuka fillah, syurga saya"

Kami saling berpelukan untuk beberapa saat sebelum aku meleraikan pelukan lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.

________________________

Aku berjalan secara senyap-senyap. Bak kata pokro, bergerak seperti ninja penyu.

3

2

1

"Mamaaaa!"

"Opocot Ultraman serang Israel…Ish! Lyn!!! Terkejut mama. Ada kang kambing dalam gulai ni terbang kang"

Mama mencubit pipi aku kemudian pinggang aku pula menjadi mangsa. Kami saling menghamburkan tawa.

"Sedap nya bau. Nak Lyn tolong tak?"

Aku melipat lengan baju dan menyarung apron. Senyuman terukir di bibir mama. Alahai manisnya.

"Tolong makan pun dah buat mama happy, Lyn."

"Ish mama ni. Nanti kalau Lyn gemuk, tak pasal pasal Ayden tu cari perempuan." Bibir dimuncungkan sedikit.

"Ish, apa kata gitu. Takde nye si Ayden nak cari lain. Ingat senang ke nak jadi menantu mama? Dan, sebagai seorang wanita yang sejati, mama takkan biarkan menantu kesayangan mama dimadukan."

Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now