Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim
Aku menarik tali leher Ayden lalu mengheret dia keluar dari kelas aku. Tapi aku tak tarik kuat tau. Kang meninggal anak orang ni. Aku membawa Ayden ke tangga blok F dimana di blok tersebut, tidak ramai yang lalu lalang di situ.
Sampai sahaja kami di tangga, aku melepaskan tali leher Ayden lalu bercekak pinggang dengan muka yang sedang menahan amarah. Tak cukup aku bersabar dengan perangai perempuan tadi, tambah pulak dengan dia yang jenis cakap lepas. Kalau logic, boleh dimaafkan lagi. Ni, ada ke patut kata aku ni future wife dia. Ngigau ke mamat ni.
"are you crazy, Ayden? Me? Your future wife?"
Sebuah senyuman manis terkoyak di bibir merah Ayden. Dia membetulkan tali lehernya sambal menyandarkan belakang di dinding.
"yes, I'm crazy when I'm with you, my dear and yes. You are my future wife"
Ayden mengenyit mata manakala aku terdiam akibat kehilangan kata. Aku menghentakkan kaki tanda ketidakpuasan hati. Mau dicili aja mulut Ayden ni. Dahlah cakap kuat kuat dalam kelas tadi. Bergema weh.
"by the way, you look so cute with that black spot on your nose"
Aku terkejut. Hidung disentuh lalu aku perasan terdapat cecair hitam di jari aku. Ya Allah..macam mana aku boleh terlupa yang Dania tuang kapur hitam kat aku.
Belum sempat aku ingin mengelap hidung menggunakan hujung lengan baju, Ayden terlebih dahulu mengeluarkan tisu lalu mengelap kapur hitam yang melekat di hidung aku.
"ish apa ni Ayden. Aku boleh buat sendiri lah"
Aku cuba mengundur namun dukacita dimaklumkan, belakang badanku telah bersandar dengan dinding. Aku tak boleh bergerak ke kanan, kiri, belakang, apatahlagi ke hadapan. Ayden ketawa kecil lalu kembali mengelap hidungku.
"macam mana lah nak runtuhkan dinding penghalang untuk aku masuk dalam pintu hati kau?" soal Ayden
"dalam mimpilah Ayden oi. Hati aku ni, sekeras ais batu glasier"
"well, I can be your sun so that I can melt your heart" segaris senyuman terkoyak di bibir merah Ayden.
"nothing can melt my heart" dengan penuh yakin aku memberitahu Ayden
Ayden menahan ketawa sambil menutup mulut dengan tangan kanan. Dia memandang kearah aku sebelum berjalan berlalu pergi.
"jangan yakin ngat, angel"
_____________________________________________
"sarah, tolong cikgu jap"
"yosh sensei"
Sarah berjalan memasuki bilik seni dan menuju kearah almari. Dia cuba untuk mencapai sebuah fail kertas tapi sedihnya, dia seorang perempuan berketinggian kucing... sarah cuba berjengket namun masih gagal.
"dah tahu pendek, gunalah mulut tu minta tolong."
Sarah berpaling kebelakang untuk melihat gerangan suara garau yang menegurnya.
"daripada kau, Zhaf, ada mulut tapi tak reti jaga bahasa."
Zhaf hanya diam membisu sambil berjalan mendekati gadis tersebut. Dia mencapai fail tersebut dan ketuk dengan lembut kepala Sarah dengan fail. Sarah naik geram dan memijak kaki Zhaf yang beralaskan kasut. Zhaf berdecit.
"amboi cik kak. Orang dah tolong, tak reti cakap terima kasih ke hah, pendek"
"hey, tiang, aku tak suruh kau tolong pun ek. Humph"
Sarah cuba untuk mengambil fail dari tangan Zhaf tetapi jejaka itu sengaja mengangkat tinggi fail tersebut. Beberapa kali Sarah cuba merampas fail itu tapi apakan daya, tiang..i mean manusia dihadapannya ni memang tinngi jikalau ingin dibandingkan dengan ketinggiannya.
"AHMAD ZHAFRAN!" marah Sarah
"hmm~? Say thanks first" Zhaf melukis senyuman sinis di bibir
"hate u" Sarah mencebik sambil menyilangkan kedua lengannya di dada. Pandangan turut dialihkan.
"benci lah. Kang terjatuh hati kat aku guane?" usik Zhaf
"ewww. Kau? In your dream lah. Paling teruk pun, aku terpeleot jer. Dah bak sini fail tu. Aku nak cepat ni!"
"say what, shortie?"
'shortie'...pipi Sarah sedikit merah
Sarah memandang Zhafran dengan penuh ketidakpuasan hati. Renungan tajam turut diberikan. Nak tak nak, kena ikutkan juga.
"...arigatou gozaimasu.."
"in malay please. Sedar diri sikit. Kau tu orang melayu. Bukannya orang jepun"
"ishh kau ni. TERIMA KASIH WAHAI TUAN HAMBA YANG BUDIMAN"
Zhafran melepaskan tawa. Entah mengapa, hati Sarah bergetar saat mendengar tawa Zhafran. Namun ditepis kuat oleh Sarah. Zhafran menyerahkan fail lalu berlalu pergi.
Sebelum kaki menapak keluar dari bilik seni, sempat Zhafran menyakat Sarah.
"kalau ye pun suka tengok anime jepun, jangan sampai kau jadi penjajah hati aku pulak ye Shortie"
Alang alang, terdapat sebuah pemadam berdekatan, Sarah mengambil lalu membaling kearah Zhafran namun tersasar. Zhafran melepaskan tawa dengan kuat.
"garang" senyuman kecil terukir tatkala perkataan itu terkeluar dari mulutnya tanpa sedar.
To be continue....
YOU ARE READING
Bidadari Miliknya
RomantikNur Qaseh Lyanna, siapa sangka, gadis yang tampak ceria ni, mempunyai memori gelap yang telah mengubah dirinya 360°. dia...tidak normal... Tengku Ayden Hamka jejaka badboy di sekolah. suka cari pasal dengan Lyanna. menyimpan perasaan dalam diam. di...