BAB 27 ~ Can we trust him?

970 45 35
                                    


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim

Sarah meregangkan otot lengannya lantas merebahkan kepala di atas meja beralaskan buku. Gadis itu mengeluh panjang. Stres.

Disarungkan headphone lalu membuka lagu beautiful scars. Tirai mata ditutup perlahan. Baru sahaja ingin belayar ke alam mimpi, bunyi kerusi diheret mengejutkan Sarah ke alam realiti.

"Tidur je kerja. Sebab tu lah pendek"

Sarah mengetuk kepala Zhafran dengan buku teks matematik. Jejaka tersebut mengaduh sakit.

"Mulut kau tu, kalau tak ada benda elok nak cakap, baik zip jer" Sarah bangkit dari kerusi sambil mengemas segala peralatan dan bukunya.

Baru sahaja Sarah ingin menyandang beg galas berwarna hitam serta corak bintang emas kecil, Zhafran terlebih dahulu menyambar beg tersebut.

Diletakkan beg tersebut di atas rak buku yang tinggi. Sarah mendengus geram. Gadis kecil comel itu cuba untuk mengambil beg kesayangannya namun gagal. Hampir 5 minit berlalu dan hasilnya tetap sia sia.

Zhafran menghamburkan tawa. Disebabkan geram, Sarah mengambil senaskah buku kamus tebal dari rak lalu dibaling ke arah Zhafran namun dengan mudah, jejaka itu menangkap kamus tersebut.

"Kau Ngan singa sama je. Dua dua garang. Dua dua comel"

Sarah menyilangkan kedua lengannya di dada.

"Kau Dengan kasut sama je. Dua dua minta kena pijak"

Zhafran tersenyum. Dia menghampiri gadis tersebut. Sarah ingin mengundur ke belakang namun rak buku menjadi penghalang. Dibengkokkan sedikit tubuh Zhafran lalu jejaka tersebut membisik.

"Sedar diri, kau tu pendek. Sebelum kau pijak, aku angkat kau dulu then letak kat tempat tinggi. Padan muka."

Sarah mengangkat sebelah keningnya. Ada dia kesah? Dia boleh je lompat turun lagipun, Sarah ni reti silat harimau tau. Jangan sampai dia NGAP Zhafran tu karang.

"Ambil beg aku tu. Aku nak balik" Sarah menukar topik. Zhafran mengukir senyuman manis.

"Say please first"

Sarah menghentak kaki tanda tidak puas hati. Benci dicampur dengan geram.

"I want my bag, PLEASE"

Zhafran menghamburkan tawa lalu menyerahkan semula beg Sarah. Baru sahaja gadis itu ingin membuka langkah, dengan nada berbisik, Zhafran bersuara.

"Aku suka kau, Sarah Qasreen"

"I hate you, Ahmad Zhafran Haeqal"

"Hate is the beginning of love, shorty"

_________________________________

"Abang, macam mana ni. Dah melampau sangat perempuan tu"

Datin Sandra memeluk erat lengan suaminya. Anak matanya masih melekat pada sebuah kotak bersaiz sederhana yang berbau busuk.

Dato' Daniel mengeluh lalu mengarahkan salah seorang pengawal membuka kotak tersebut. Tatkala pengawal tersebut memotong ikatan tali di bungkusan tersebut, bau busuk yang teramat kuat memenuhi ruang dan menusuk rongga pernafasan mereka yang berada di situ.

"Astaghfirullahal'azim"

Datin Sandra menjerit kecil apabila melihat kandungan kotak misteri itu. Kepala kambing yang masih segar dengan darah. Terselit juga sekeping kertas kecil.

"Jangan cabar aku."
"Kau tahu aku siapa dan apa yang aku boleh buat"

A.L.

Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now