BAB 8 ~ Mimpi...

1K 76 10
                                    

Bismillahirrahmanirrahim

Tuhan aku ingin sembuh
Dari sisa sisa luka
Ku kan berdamai
Dengan takdirmu
Agar ku bisa senyum
Seperti dulu...

Aku terjaga dari lena tatkala terdengar telefon ku bernyanyi lagu tuhan aku ingin sembuh, karya ustaz Adnin dan tarbiah sentap.

❤️ My umi ❤️

Nama umi tertera di skrin telefon aku. Lantas aku bangun dan bertukar posisi duduk bersandarkan bantal di belakang badan aku.

Aku menjawab panggilan dan terlebih dahulu memberi salam. Lagipun memberi salam itu sunat dan diberi ganjaran pahala. Betapa mudahnya nak dapat pahala. Tapi kenapa masih ada segelintir yang berat mulut nak memberi salam. Tak semestinya dekat mak ayah. Dengan cikgu dan kawan kawan.

"Assalamualaikum umi"

"Waalaikumussalam Lyn"

"Kenapa umi call Lyn?"

"Saje. Rindu nak dengar suara Lyn. Dah solat ke tu?"

"Dah umi"

Sungguh aku berasa amat bersyukur dikurniakan kedua ibubapa yang sering ingatkan aku tentang solat. Walaupun mereka bukan ibubapa kandung aku....

"Lyn dah makan ubat?" Tanya umi

Aku terdiam. Nak jawab ya, tapi belum makan. Nak jawab tak...tapi teragak-agak...haih....jujur jelah...tak nak aku jadi anak durhaka. Kang tak pasal-pasal kena sumpah jadi peti ais...tak mau aku.

"...belum umi..."

"Lyn... berapa kali umi dan Walid pesan. Makan ubat jangan tinggal....umi tak nak nanti Lyn masuk hospital" nada suara umi seakan sayu

"Tapi umi....kalau Lyn makan....Lyn tak dapat jumpa abang Reyz..." Mata aku mula berkaca.

"Lyn...dah 10 tahun sejak peristiwa tu. Lyn kan kuat...Lyn kena move on..."

Aku menahan diri daripada menangis. Lyn tak kuat umi....Lyn lemah...Lyn tak berdaya....Lyn dah...hancur...Lyn cuma berlakon kuat sebab tak nak menyusahkan sesiapa...cukuplah sekali Lyn menjadi punca Lyn kehilangan dua orang yang Lyn sayang...

Di sebalik topeng ni...setiap hari...setiap masa...setiap saat...aku berperang dengan hasutan syaitan supaya aku....bunuh diri....penat...sumpah penat....

Andai sahaja bunuh diri itu bukan haram...sudah pasti aku akan....

"Maaf ye umi...Lyn ada kelas tusyen lepas ni. Assalamualaikum umi"

".... waalaikumussalam"

__________________________________________

"Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah"

Usai sahaja memberi salam, aku menadah kedua belah tangan dan mula berdoa.

"Bismillahirrahmanirrahim...
اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا
Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku
Kasihani mereka seperti mereka menjagaku
اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا
Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku
Kasihi mereka seperti mereka menjagaku.

Ya Allah... sesungguhnya tiada tuhan melainkan engkau... Ya Allah.... sesungguhnya engkau maha mendengar... dengarkanlah rintihan hambamu yang lemah lagi kecil ini..."

Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now