(Jom layan sambil dgr music hujan❤️)
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
Aku melompat keriangan tatkala kaki aku menapak keluar dari dewan peperiksaan. Macam katak pun ada. Alhamdulillah, tamat sudah penderitaan aku selama 5 tahun di sekolah menengah.
Dicari suami aku yang hilang entah ke mana. Kiri kanan depan dan belakang. Tiada langsung kelibat mahupun batang hidung mancung milik Ayden.
5 minit aku mulakan ops mencari pak arab, akhirnya jumpa juga. Kelihatan Ayden sedang berborak dengan Luca. Nampak gaya macam hal yang penting. Apalah agaknya yang digosipkan tu? Moh kita pi serbu!
Sedang aku berjalan mendekati dua jejaka itu, gegendang telinga aku menangkap sedikit perbualan antara mereka. Sipi sipi sahaja.
"Diorang disahkan meninggal dalam ambulans waktu nak menuju ke hospital…"
Diorang? Meninggal? Siapa?
"Macam mana aku nak bagitau Lyn…" Ayden mengeluh.
Aik? Ada kena mengena dengan aku ke?
"What's wrong?" Soalku tatkala aku berada disebelah Ayden.
Luca dan Ayden saling berpandangan. Seperti menyembunyikan sesuatu yang penting dari aku.
"Angel..janji dengan abang..no matter what, you need to be strong ok? Sayang kan kuat…"
"O…k?" Sebelah keningku diangkat. Jantung aku berdegup kencang. Rasa tak sedap hati.
Ayden memeluk dan mengusap belakang aku. Dibisik dengan perlahan ditelinga aku yang dilitupi oleh tudung.
"Umi dan Walid dah takde…diorang accident dalam perjalanan nak ke rumah kita."
Aku terkedu. Terdiam. Terkelu. Terkejut. Hilang jutaan bahasa. Tak…ini tak mungkin. Tipu!
"Tak kelakar lah Ayden…serius.." nafi aku. Ditolak perlahan tubuh Ayden untuk meleraikan pelukan. Namun, makin erat jejaka itu memeluk aku.
"...angel..I'm serious…"
Tanpa sedar, mata aku mengalirkan cecair kristal yang membasahi pipi. Ya Allah…ujian apa lagi yang kau berikan padaku ini. Sepatutnya harini, aku meraikannya dengan gembira tetapi, kau hadirkan khabar duka ini pula. Aku tak kuat ya Allah. Terlalu banyak ujian yang aku tampung.
"No..no..no!!!! Tipu! Luca! Ni semua tipu kan?! Korang sebenarnya sengaja nak buat surprise kan? Tak kelakar lah!" Aku memberontak.
"Shh…bawa bertenang sayang..please…"
Ayden cuba untuk menenangkan aku. Tangisan semakin kuat. Air mata aku mengalir bak air sungai yang deras.
__________________________________
Seminggu telah berlalu. Entah bagaimana harus aku ungkapkan perasaan aku disaat ini. Emosi aku bercampur baur bak membancuh air kopi. Pahit namun masih mampu ditelan dan dinikmati oleh mereka yang sudah biasa dengan kepahitan air kopi. Tapi ini bukan tentang kopi.
Kedua lutut aku dipeluk. Kepala disandarkan di tingkap. Hujan berselang-seli dengan bunyi dentuman guruh yang diikuti kilauan kilat. Aneh. Aku menikmati permandangan saat ini.
Kosong. Dunia aku gelap bak kanvas yang dicat dengan kegelapan malam.
"Lyn…"
Aku memalaukan panggilan itu.
YOU ARE READING
Bidadari Miliknya
RomanceNur Qaseh Lyanna, siapa sangka, gadis yang tampak ceria ni, mempunyai memori gelap yang telah mengubah dirinya 360°. dia...tidak normal... Tengku Ayden Hamka jejaka badboy di sekolah. suka cari pasal dengan Lyanna. menyimpan perasaan dalam diam. di...