Bismillahirrahmanirrahim
Ayden POV
Apalah nasib aku Harini....kenapalah aku bawa motor padahal aku boleh je suruh Allison hantar dan ambil aku sekolah dengan kereta.
"Awak"
Aku memusingkan badan ke belakang. Tatkala melihat gerangan makhluk yang menegur, aku berpaling daripada terus memandang dia. M. E. N. Y. A. M. P. A. H.
"Awaaak" panggil malaun tu lagi dengan suara yang dilenggokkan.
Heh. Ingat aku tergoda? Ini Ayden lah. Iman kuat tau.
"Ayden! I panggil you ni"
Ewww apa ni I you. Geli aku dengar. Kalau Lyanna cakap gitu lagi sedap dan sejuk hati aku dengar. Ni bila dia kata gitu, mau muntah pelangi aku.
"Kau nak apa ha" tanya aku dengan nada yang dingin
"Ayden...boleh tak you teman I... parents I tak sampai lagi. Hari pun hujan. Dari duduk dekat pondok ni, baik masuk dalam sekolah"
Terkelip kelip mata Dania. Geram aku dengan minah ni. Aku korek mata tu kang.
"Pergilah sorang. Aku nak menghealing"
"Teman lah you...lagipun kalau you duduk sini lama lama, nanti demam...tak tenang hati I nanti"
Dania mencuba untuk memegang tangan aku namun dengan pantas aku mengelak dan merenung tajam ke arah Dania.
"Kau blah boleh tak. Menyemak je"
Dania mencebik bibir. Apa ingat comel ke? Ewww better Lyanna.
Tiba tiba, anak mata aku menangkap kelibat dua orang manusia yang aku kenal. Lyanna dan...Wadi?
Aku tak sedap hati lalu mengekori mereka. Namun, baru sahaja aku ingin melangkah masuk ke dalam sekolah, Dania memeluk lengan aku.
Aku tersentak lalu menepis. Gila punya perempuan!
"KAU NI DAH BAKPE HA? TAK RETI MALU KE?! DASAR MURAHAN!"
Dania mula mengalirkan air mata. Ceh. Nangis lah darah sekali pun, aku tak kesah.
"Ye. Memang I ni murahan. But I buat ni sebab I cintakan you Ayden."
"Hey perempuan. Kau dengar sini. Sampai mati, aku tak akan sekali pun ada perasaan kat perempuan murahan dan jijik macam kau"
Aku berlalu pergi meninggalkan pontianak tu menangis dan meraung dekat pondok.
Ya Allah....kenapa aku rasa tak sedap hati ni.....
_________________
"Ya Allah Wadi. Ingat Allah!!!"
Lyanna meronta ronta agar dapat meloloskan dirinya daripada pegangan Wadi.
"Diam boleh tak!"
Wadi menampar pipi Lyanna dengan kuat. Terdiam Lyanna dibuatnya.
Baru sahaja Wadi ingin menyambung semula niatnya, satu tumbukan padu diberikan kepada Wadi sehingga lelaki itu terpelanting jauh ke dinding.
"HOI BINATANG! KAU SEDAR TAK APA YANG KAU DAH BUAT HA?!"
Aku melangkah kearah Wadi lalu menyepak dia dan menumbuk bertubi tubi.
Wadi menolak Ayden lalu menggagahkan kaki dan berdiri. Wadi ketawa terbahak-bahak.
"Wow, hero dah datang" ketawa Wadi.
Gila. Sebijik Ngan Dania. Patut lah diorang tu couple. Dua dua perangai setan. Memang patut pun diorang tu 'jodoh'.
Aku berlalu menuju ke arah Lyanna lalu menutup aurat rambutnya dengan baju kemeja sekolah aku.
Nasib baik aku datang awal. Hanya tudung sahaja dicabut....kalau tak... Astaghfirullahalazim...
Tiba tiba....
"YA ALLAH!"
____________
Di bilik disiplin...
"Cikgu, saya kenal anak saya ni dari kecik lagi. Anak saya ni baik orangnya. Dia tak akan berani buat bende terkutuk ni!"
Marah Puan Maryam, ibu kepada Wadi.
"Patutnya cikgu hukum budak tak guna ni sebab dah belasah anak saya dengan teruk. Tengok ni! Sampai lebam lebam dan berdarah muka anak saya. Tahu lah anak saya hensem"
....aku rasa cam nak sembelih je dua beranak ni...boleh kan?
"Puan, saya tahu Ayden ni pun salah sebab belasah anak puan tapi dia buat tu sebab nak pertahankan pelajar perempuan yang hampir 'disentuh' oleh anak puan!" Tegas nada cikgu Norela.
"Anak saya tak akan buat bende terkutuk tu! Ni semua fitnah!"
Pintu bilik disiplin dibuka. Seorang lelaki melangkah masuk dan dia adalah...
"Dato'" aku menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Aku bersalaman dengan Dato'Daniel lalu duduk semula di atas kerusi.
"So, jantan ni lah yang berani sentuh anak aku ha"
Dato' Daniel menarik Wadi dengan kuat sehingga Wadi terbangun dari kerusi lalu ditumbuk kuat oleh Dato'Daniel.
Tidak cukup dengan itu, Dato' Daniel mencekik Wadi sehingga pucat dibuatnya jantan tu.
Kesian? Nope. Kalau boleh aku nak tepuk tangan je.
"HEY! STOP IT! OR I CALL POLICE!" Marah Puan Maryam.
"Call lah. Ada aku kesah? Kau call, jadi kes polis, anak kau ni akan berumah baru kat penjara while me, just need to bayar saman"
"And aku tak takut dengan saman. When it comes to my daughter, I will do anything for her. Even if I need to be a villain and kill all those people who try to hurt her"
"And I can kill you now if I want to"
Terkedu puan Maryam dengan ugutan Dato'Daniel. Cikgu Norela? Well, cikgu Norela hanya menjadi penonton sambil makan jajan mamee Monster.
_______________
"Dato' wait"
Lelaki tersebut memberhentikan langkahnya lalu memandang ke arah aku.
"Ye saya."
Aku menunduk hormat.
"Saya Ayden. Saya ada hajat"
Dato' Daniel menilik aku dari atas ke bawah.
"Anak Tengku Emer?"
Aku mengangguk. Dato'Daniel tersenyum.
"Tak payah nak berdato' sangat. Panggil je uncle. Ayah kamu tu bfffffffffff uncle. Apa hajat kamu?"
"Dato'....saya nak...berkahwin dengan Lyanna"
To be continue
YOU ARE READING
Bidadari Miliknya
RomanceNur Qaseh Lyanna, siapa sangka, gadis yang tampak ceria ni, mempunyai memori gelap yang telah mengubah dirinya 360°. dia...tidak normal... Tengku Ayden Hamka jejaka badboy di sekolah. suka cari pasal dengan Lyanna. menyimpan perasaan dalam diam. di...